interrupted interdental suture | sutur antara gigi berasingan | Perubatan | Tiada | Sutur antara gigi di mana tiap-tiap sutur berasingan diantara satu sama lain. |
connecting room | bilik bercantum | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bilik berasingan sebelah menyebelah yang boleh disewakan berasingan atau sebagai satu untuk keluarga dengan pintu pengantara di antara kedua bilik. |
absolute nuclear binding energy | tenaga ikatan nuklear mutlak | Fizik | Atom dan Nuklear | Tenaga hipotesis yang diuraikan jika nuklid disintesis daripada Z atom hidrogen yang berasingan dan N menyamai A – Z neutron yang berasingan. Contohnya, tenaga ikatan nuklear mutlak per nukleon bagi 56Fe ialah 8.796 MeV. |
law of reciprocal propoetions | hukum perkadaran salingan | Kimia | Tiada | Hukum yang menyatakan bahawa apabila dua unsur A dan B dapat bergabung dengan unsur yang ketiga secara berasingan, iaitu C, maka jisim A dan B yang bergabung secara berasingan dengan jisim tetap C merupakan jisim apabila A dan B akan bergabung antara satu sama lain. Misalnya oksigen dan hidrogen masing-masing membentuk sebatian dengan karbon. Dalam metana, CH4, 12 g karbon bergabung dengan 4g hidrogen, manakala dalam karbon dioksida, CO2, 12 g karbon bergabung dengan 32 g oksigen. Maka 4 g hidrogen akan bergabung dengan 32 g oksigen, iaitu dalam nisbah 4:32 atau 2:16, seperti dalam H2O. |
commercial library | perpustakaan perdagangan | Perpustakaan | Tiada | Perpustakaan yang mempunyai fungsi yang sama dengan bahagian komersial, mempunyai ukuran fizikal yang lebih besar dan berada pada unit yang berasingan daripada perpustakaan rujukan dan kadang kala terletak di dalam bangunan yang berasingan. |
severally | berasingan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
rotary coverter | penukar berputar | Teknik | Elektrik | Mesin elektrik yang menukarkan arus ulang-alik kepada arus terus, atau sebaliknya. Mesin ini mempunyai binaan tersendiri dan dihidupkan dengan pelbagai cara; antaranya dengan menggunakan motor a,t, berasingan atau motor a.u. berasingan. |
promotion mix | gabungan promosi | Komunikasi | Korporat | Pendekatan promosi yang menggunakan pelbagai saluran yang dilaksanakan serentak dalam bidang perhubungan awam, pemasaran, dan pengiklanan. Dari segi teknikalnya, pendekatan promosi ini boleh dibuat secara berasingan atau secara gabungan pelbagai perantara atau medium. Pendekatan promosi secara berasingan menggunakan sebanyak mungkin saluran media massa dan komunikasi antara peribadi pada sesuatu masa. Pendekatan secara gabungan pula dijalankan dengan menggabungkan pelbagai saluran media secara serentak, seperti promosi khidmat sosial atau barangan yang menggunakan komunikasi antara peribadi termasuklah bahan audiovisual seperti filem, video, audio, bahan bercetak, multimedia, atau persembahan hidup. Kedua-dua pendekatan ini berfungsi untuk mengoptimumkan kesan sesuatu mesej di samping mengurangkan kos dan memudahkan pengurusan promosi. Sinonim campuran promosi. |
separate field | medan berasingan | Fizik | Tiada | Tiada |
separated lenses | kanta berasingan | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |