radical politician | ahli politik radikal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Ahli politik yang berfikiran dan bertindak secara radikal dengan menggunakan kaedah yang lebih keras. Mereka juga mempunyai matlamat yang radikal seperti menuntut kemerdekaan wilayah tertentu, mendesak pemerintah meletak jawatan dan menganjurkan pemberontakan. Pemimpin radikal ini tidak menyukai proses politik secara kerjasama, kompromi, tawar-menawar atau yang mengikut perlembagaan. la cenderung kepada gerakan bawah tanah yang bersifat subversif. Contohnya, pemimpin Gerakan Pemisahan IRA di Northern Ireland di Great Britain seperti Gary Adam yang merupakan ahli politik radikal. |
toxic positivity | kepositifan toksik | Psikologi | Tiada | Amalan atau sikap memaksa diri atau orang lain untuk berfikiran positif secara berlebihan hingga menafikan emosi negatif yang wajar dan perlu diakui. |
effective school | sekolah berkesan | Pendidikan | Tiada | Sekolah yang menekankan ciri-ciri seperti peningkatan pencapaian markah, motivasi yang tinggi untuk belajar, berdisplin, bertanggungjawab dan berfikiran secara kritikal. |
expatriation | ekspatriasi | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kehilangan taraf kerakyatan menerusi pelepasan kesetiaan dan perolehan suatu kerakyatan asing. Di Malaysia, manamana rakyat yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih, dan berfikiran waras boleh melepaskan kerakyatan persekutuannya dengan membuat perisytiharan yang didaftarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Selepas itu, seseorang itu dikira sebagai tamat dan berhenti daripada menjadi seorang warganegara. Hal ini terkandung dalam Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, seseorang yang telah berhenti daripada menjadi warganegara Malaysia, sekiranya dicederakan oleh negara lain, tidak layak mendapat perlindungan politik dari Malaysia. |
skill development | pembangunan kemahiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha, tindakan atau langkah-langkah kemajuan dan perkembangan yang dilaksanakan oleh organisasi untuk mempertingkatkan keupayaan dan kebolehan kakitangan. Pembangunan kemahiran mencakupi proses pemantapan kendiri untuk melahirkan kakitangan yang berdaya saing, berpengetahuan, berfikiran terbuka, berkemahiran tinggi dan komited. Dalam konteks ini, pihak atasan berperanan untuk merangka, mereka bentuk, melaksanakan dan mengenal pasti elemen-elemen penting bagi pembangunan kemahiran. Antara elemen-elemen penting yang dimaksudkan ialah pengalaman kerja kakitangan, kemahiran, prestasi kerja, kekananan dan kualiti peribadi. |
strawberry generation | generasi strawberi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Generasi yang lahir selepas tahun 1982 yang dikatakan rapuh, kecewa, egois, angkuh, lembam, tidak mahu dikritik, mudah putus asa dan tidak boleh diberikan nasihat oleh orang dewasa. Golongan ini juga dikatakan sebagai golongan kreatif, berfikiran di luar kotak dan kritis. |
strategic thinking | pemikiran strategik | Pengurusan | Perancangan | Cara seseorang berfikir untuk merancang kejayaan masa hadapan organisasi dengan mengambil kira faktor pengalaman lalu dan menganalisis persekitaran dan cabaran semasa. Pemikiran strategik boleh membantu pemimpin organisasi membuat keputusan secara tuntas dan berkesan bagi memastikan kejayaan organisasi dalam jangka masa panjang. Contohnya, keputusan yang dibuat oleh pemimpin yang berfikiran strategik untuk melabur dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi dan inovasi supaya lebih berdaya saing. |
sixteen personality factor (16 PF)) | personaliti enam belas faktor (16 PF) | Psikologi | Psikologi Umum | Ujian untuk mengukur tahap 16 trait dalam personaliti individu. Ujian ini telah dikenal pasti oleh Cattel (1965). Hasil ujian yang diperoleh boleh digunakan untuk membina profil personaliti individu atau kelompok individu berdasarkan beberapa kesamaan seperti pekerjaan dan etnik. Profil trait yang diperoleh akan menggambarkan personaliti individu berkenaan dan boleh dibandingkan dengan profil personaliti individu yang lain. Enam belas trait yang disenaraikan oleh Cattell ialah bersendiri, berfikiran konkrit, kerapuhan emosi, kepatuhan, keseriusan, ketelitian, malu, kekentalan, kebolehpercayaan, praktikal, terus terang, keyakinan diri, konservatif, sikap bergantung pada orang lain, tidak berdisiplin dan santai. |
public benefit | faedah Awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perkara yang berkaitan dengan kepentingan, kebajikan, keselesaan, keselamatan, kemudahan infrastruktur, kesihatan dan keamanan masyarakat. Faedah awam boleh dilihat dalam bentuk kemudahan yang disediakan oleh pihak berwajib kepada rakyat, seperti kemudahan taman rekreasi, padang permainan, pondok pengawal, dewan orang ramai, tandas awam dan tempat riadah. Antara pihak yang bertanggungjawab dalam mengusahakan faedah awam ialah pihak kerajaan, NGO, agensi awam dan swasta, jawatankuasa yang dilantik seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK). Faedah awam boleh menyumbang kepada cara hidup masyarakat yang sihat dan sejahtera. Secara tidak langsung, membantu membentuk masyarakat yang berfikiran terbuka, sihat minda dan prihatin terhadap kemakmuran negara. |