nephron | nefron | Perubatan | Tiada | Unit fungsian ginjal yang terdiri daripada renal korpusel (korpusel Bowman yang menyaluti glomerulus), tubul berlingkar proksimal, gelung Henle, tubul berlingkar distal dan duktus pengumpul. Ginjal manusia mengandungi kira-kita 1 juta nefron. |
amilose | amilosa | Veterinar | Praklinikal | Polisakarida larut air yang terbentuk daripada 300 hingga 3;000 unit glukosa yang diikat melalui ikatan α (1→ 4) dengan membentuk polimer tidak bercabang. Amilosa wujud sebagai heliks panjang berlingkar. Heliks amilosa ini boleh distabilkan oleh iodin. Ikatan iodin dengan heliks amilosa menghasilkan warna biru terang yang digunakan sebagai ujian kuantitatif untuk kanji. |