Government Technology (GovTech) | Kerajaan Berteknologi Maju | Pentadbiran | Tiada | Pendekatan keseluruhan kerajaan untuk pemodenan sektor awam. GovTech menekankan tiga aspek, iaitu perkhidmatan awam yang mudah diakses dan berpaksikan rakyat, transformasi kerajaan digital serta sistem kerajaan yang cekap, telus dan tidak rumit. (RMK12) |
corporatization | pengkorporatan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha atau proses pewujudan perbadanan atau syarikat yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi dan ciri-ciri perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan. Pengkorporatan mempunyai matlamat yang berpaksikan kepada kecekapan, keberkesanan, kecemerlangan dan produktiviti yang tinggi. Selain itu, pengkorporatan juga memberikan penekanan kepada budaya yang berorientasikan pelanggan, pengurusan yang cekap, berdedikasi, berdisiplin, rajin, profesionalisme, inovatif, berdaya saing, agresif, semangat keusahawanan serta sikap dan nilai-nilai positif untuk maju ke hadapan. Sebagai contoh, pengkorporatan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merupakan usaha pihak pemerintah untuk mewujudkan universiti yang maju, mapan dan bertaraf antarabangsa bagi melahirkan graduan yang berdaya saing. |
disenchantment | hilang pesona | Kesusasteraan | Tiada | Lenyapnya rasa takjub yang dirangsang oleh imej dan ikon magis, contohnya cermin ajaib dan potret berhantu. Kelenyapan ini berlaku kerana imej dan ikon tersebut mengalami perubahan, sejajar dengan perkembangan tamadun manusia yang berpaksikan kewarasan. Justeru, imej dan ikon tersebut ditafsirkan secara rasional. |
new objectivity/neue sachlichkeit | objektiviti baru | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan seni termasuk sastera, muzik dan seni bina yang mencirikan sikap kehidupan awam di Weimar, Jerman. Pendekatan ini mempunyai matlamat ke arah kewujudan dunia yang bersifat perniagaan, dan difahami oleh masyarakat Jerman sebagai �The Neue Sachlichkeit� yang berpaksikan Amerikanisme. Antara ciri penting dalam budaya masyarakat ini ialah memberikan penekanan kepada fakta dan fungsi, bersifat berhati-hati, profesional dan melakukan kerja yang bermanfaat. |
anti-Comintern | anti-Comintern | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pakatan antara Jerman dengan Jepun yang dimeterai pada tahun 1936 untuk tempoh lima tahun bagi kerjasama menentang kegiatan Comintern. Pakatan ini terus berkembang dengan penyertaan Itali pada tahun 1937. Pada tahun 1939, Hungary dan Sepanyol turut menyertainya. Pakatan ini terbantut perkembangannya apabila Jerman dan Rusia menandatangani persetujuan untuk tidak menceroboh antara satu sama lain pada 28 September 1939. Namun demikian, pakatan ini kembali kukuh melalui persetujuan tiga negara, iaitu Jepun, Itali dan Jerman pada 27 September 1940. Persetujuan tiga negara ini berpaksikan penentangan terhadap Amerika Syarikat. Pakatan ini dilanjutkan tempohnya, iaitu lima tahun melalui persetujuan bersama di Berlin pada 25 November 1941. Keanggotaannya juga berkembang dengan penyertaan Bulgaria, Romania, Denmark dan Finland. Sinonim anti-Komunis Antarabangsa. |