Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sem.pe.na] | برسمڤنا

Definisi : mengambil berkat (drpd): per-tunjukan MAHA pd tahun ini diadakan ~ dgn hari ulang tahun kemerdekaan yg kese-puluh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sem.pe.na] | برسمڤنا

Definisi : mengambil sempena (dgn): Tarikh pelancaran Per­sekutuan Malaysia ditetapkan pd 31 Ogos 1963 ~ dgn hari ulang tahun keenam kemerdekaan Tanah Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempena (kata nama)
Bersinonim dengan berkat, tuah, rahmat, sepenah, restu;,
Kata Terbitan : bersempena,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cultural eventacara budayaPelanconganTiadaPerayaan yang bercorak kebudayaan bersempena dengan sesuatu tarikh bersejarah atau peristiwa tertentu.
Beat Plastic PollutionHentikan Pencemaran PlastikAlam SekitarTiadaSejenis tema bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap impak negatif penggunaan plastik tidak terkawal kepada alam sekitar dan hidupan liar.
passion playlakon deritaKesenianDrama dan TeaterDrama yang mengisahkan peristiwa sedih berunsur keagamaan yang dipersembahkan bersempena dengan ulang tahun peristiwa tersebut.
Cepheid/Cepheid Variablesbintang Cepheid berubahMatematikTiadaSebahagian bintang berubah yang terdiri daripada bintang berdenyut yang meningkat kecerahannya apabila luasnya meningkat dan kembali kabur apabila luasnya kembali menguncup. Bintang ini dinamai sedemikian bersempena nama dengan bintang Delte Cephi, iaitu bintang yang pertama diketahui mempunyai ciri yang sedemikian itu.
Shepherd's piepai ShepherdPentadbiran PerniagaanTiadaMakanan yang terkenal sekitar abad ke-18 dalam kalangan pengembala kambing khususnya di Barat. Menggunakan daging kambing kisar bersama kentang lenyek sebagai bahan utama. Diberikan nama Shepherd's Pie bersempena penggunaan daging kambing biri-biri yang diambil daripada perkataan gembala.
Corinthian ordersusunan CorinthiaKesenianHiasan DalamanSusunan tiang yang dipenuhi dengan hiasan pada zaman Greek Purba dan seni bina Rom. Susunan ini terdiri daripada tiang yang berjalur dan kepala tiang yang dihiasi dengan kerawang daun akantus dan skrol. Nama asal Corinthia diambil bersempena nama sebuah bandar di Greek yang bernama Corinth. Namun, susunan Corinthia ini jarang digunakan dalam seni bina Greek, sebaliknya binaan ini banyak digunakan di Athens. Contohnya, tiang Corinthia tertua terdapat di Kuil Apolla Epicurius, Arcadia.
bunrakubunrakuMuzikTiada

 Teater patung yang muncul di Jepun pada Zaman Edo (1615-1868). Persembahan teater bunraku diiringi oleh seorang penyanyi yang juga berperanan sebagai narator dan seorang lagi pemain alat shamisen. Muzik yang mengiringi shamisen dipanggil gidayu-bushi bersempena dengan nama perintis tea­ter ini, iaitu Gidayu Takemoto. Beliau seorang penyanyi dan pencipta muzik bunraku yang terkenal. Lihat juga gidayu.


Kembali ke atas