sulmah | benang sulmah | Kesenian | Tiada | Benang gimpal berteraskan sutera yang digunakan untuk menyulam topi dan selipar di Pakistan. |
recommendation system | sistem pengesyoran | STEM | Tiada | Sistem berteraskan model matematik dan algoritma yang mencadangkan produk atau perkhidmatan yang relevan berdasarkan sikap dan kehendak pengguna. |
sentiment analysis | analisis sentimen | STEM | Tiada | Proses berteraskan model matematik dan algoritma dalam pemprosesan bahasa tabii (NLP) dan teknik pembelajaran mesin untuk mengenal pasti, mengekstrak dan mengklasifikasi maklumat subjektif dalam data teks, seperti pendapat, emosi dan sikap pengguna. |
foam core board | bod busa | Kesenian | Tiada | Bod yang berteraskan busa. |
ecotourism | ekopelancongan | Perikanan | Tiada | Aktiviti rekreasi dan pelancongan yang berteraskan alam semula jadi. Dalam aktiviti ini, pelancong bertanggungjawab memelihara ekosistem semula jadi daripada pelbagai kerosakan. Aktiviti ini mampu menjana ekonomi kepada penduduk setempat. Antara aktiviti ekopelancongan termasuklah aktiviti di pantai, pulau, tasik, gua, hutan dan tanah tinggi. |
collaborative economy | ekonomi kolaboratif | Ekonomi | Tiada | Satu sistem pasaran berteraskan kebergantungan pengguna antara satu sama lain dan bukannya bergantung kepada syarikat besar untuk memenuhi kehendak dan keperluan mereka. |
sharing economy | ekonomi perkongsian | Ekonomi | Tiada | Satu ekosistem sosial berteraskan perkongsian aset yang menggunakan platform digital untuk mewujudkan nilai ekonomi melalui peningkatan penggunaan sumber di antara individu, perniagaan dan kerajaan. |
STEM principle | prinsip STEM | STEM | Tiada | Dasar STEM yang berteraskan penyertaan aktif, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kerjasama dalam pasukan untuk diterapkan dalam kehidupan seharian. |
mimesis | mimesis | Kesusasteraan | Tiada | Prinsip dasar dalam pengkaryaan sastea yang berteraskan peniruan. Menurut Aristotle dan Poetics pada kurun keempat sebelum Masihi, sastera merupakan peniruan kehidupan seperti seadanya. Istilah mimesis ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �peniruan�. Lihat juga kritikan mimetik. |
chivalric literature | sastera kesateriaan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera yang berteraskan suatu sistem moral dan tata kelakuan kehidupan istana raja-raja. Karya ini hidup subur di Perancis, Sepanyol dan England sekitar abad pertengahan. Tema utama karya ialah kisah kepahlawanan, percintaan, kesetiaan, keberanian, perjuangan, peperangan dan sebagainya. Karya kesateriaan menampilkan wira selaku sateria yang gagah dan berani serta teguh kepada ikatan tradisi istana. Mereka sentiasa berjuang dan mempertahankan maruah, raja, permaisuri, wanita, serta masyarakat yang tertindas. Antara karya yang terkenal ialah kisah kepahlawanan Raja Charlemagne (Perancis), King Horn dan Guy of Warwick (England) dan King Arthur and the Knights of the Round Table dan Ivanhoe (Britain). |