binning | pengebinan | Sains Forensik | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk menentukan kekerapan alel semasa membina pangkalan data populasi. Semua alel dalam satu bin tertentu akan menunjukkan kekerapan keseluruhan kumpulan. Pengebinan juga merupakan salah satu langkah yang digunakan dalam menentukan alel dalam satu produk polimorfisme panjang jalur terpotong (RFLP) berdasarkan panjang fragmen dalam panjang julat (bin) yang ditetapkan. Dari segi forensik DNA, fragmen yang mempunyai panjang dalam julat tersebut dikatakan sama walaupun sebenarnya fragmen tersebut mempunyai ulangan tandem yang berbeza dan tidak mungkin berasal dari individu yang sama. |