Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata david


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
David Brown involute testerpenguji involut David BrownKejuruteraanTiadaTiada
neutralisation theoryteori neutralisasiKriminologiKeadilan JenayahTeori kriminologi yang dikemukakan oleh David Cressey, Gresham Sykes dan David Matza yang menerangkan tentang delinkuen yang lazimnya menerima tingkah laku moral yang umum serta mematuhi undang-undang, tetapi pada situasi tertentu mereka boleh bersikap antisosial atau perlakuan melencong dengan menangkis rasa bersalah dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti menyalahkan mangsa atau keadaan. Kaedah-kaedah tersebut membolehkan pelaku menganggap tingkah laku tersebut diterima secara moral buat dirinya sahaja. Pelaku biasanya berolak-alik antara norma kesusilaan yang lazim dengan sikap yang menjurus kepada jenayah.
achievement motivationmotivasi pencapaianPentadbiran PerniagaanTiadaSatu bentuk teori motivasi yang dimajukan oleh David Mc Clelland yang mencadangkan bahawa individu didorong oleh beberapa tahap keinginan untuk mencapai kejayaan.
Yahoo!Yahoo!Teknologi MaklumatTiadaAkronim bagi "Yet Another Hierarchical Officious Oracle". Ia dicipta pada tahun 1994 dalam bentuk direktori tapak web oleh dua orang pelajar Universiti Stanford, iaitu David Filo dan Jerry Young sebagai hobi . Kini ia juga telah menjadi salah satu daripada enjin pencari yang popular dan merupakan salah satu portal web yang paling banyak dilawati.
reinventing governmentpenciptaan semula kerajaanPentadbiranPentadbiran Awam

Satu projek dalam pembaharuan pentadbiran yang membawa pendekatan baru yang lebih mengutamakan unsur-unsur keusahawanan, kecekapan dan keberkesanan. Konsep ini telah dikemukakan oleh David Osborne dan Ted Gaebler yang menekankan kepada pentadbiran kerajaan baru yang boleh diadaptasi dan kemudian mendapat sambutan dan kepercayaan rakyat. Kerajaan baru ini mestilah berupaya menjadi sebuah kerajaan yang berkualiti tinggi, dapat menawarkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan, memberikan lebih insentif berbanding arahan kepada pekerja, lebih peka kepada persekitaran dan yang lebih utama ialah membentuk sikap keusahawanan dalam pentadbiran. Konsep ini menolak model pentadbiran konvensional yang memberi penekanan kepada hierarki kerja. Perkara yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan baru ini adalah dengan memberikan kuasa kepada komuniti untuk menjalankan sesuatu program, berpandukan misi dan bukannya peraturan, menggalakkan persaingan dan bukannya monopoli, melaksanakan desentralisasi kuasa, mengurangk

YahooYahooTeknologi MaklumatPerisianPerkataan yang berasal daripada akronim Yet Another Hierarchical Officious Oracle. Yahoo direka pada tahun 1994 dalam bentuk direktori tapak web oleh dua orang pelajar Stanford University, Amerika Syarikat iaitu David Filo dan Jerry Young sebagai hobi. Kini, Yahoo telah menjadi salah satu enjin gelintar yang terkenal dan merupakan salah satu portal web yang paling banyak dilawati.
simulated autobiographyautobiografi bersimulasiKesusasteraanTiadaRiwayat diri sendiri yang ditulis dalam bentuk naratif. Periwayat dikatakan benar-benar wujud dan hidup dalam dunia nyata, padahal dia hanya watak fiksyen. Walau bagaimanapun, pembaca akan mengetahui bahawa karya tersebut suatu fiksyen kerana nama pengarangnya berlainan dengan nama periwayat dalam karya tersebut. Contohnya, dalam novel David Capperfield oleh Charles Dickens, watak David ialah periwayat rekaan dalam novel tersebut, sementara Charles Dickens ialah pengarang sebenarnya.
grotesquegrotesKesusasteraanTiadaPengherotan bentuk manusia yang pelik dan hodoh dalam seni ukir, seni bina, dan seni lukis. Istilah ini juga merujuk kepada representasi aneh perlakuan dan sifat manusia atau sifat binatang dalam karya sastera, bertujuan untuk mengejutkan, menyindir, dan mempersendakan. Contoh karya berunsur grotes terdapat pada watak �Uriah Heep� dalam karya bertajuk David Copperfield oleh Charles Dickens (1812 � 1870). Namun, unsur grotes lebih ketara dalam karya absurd moden yang ditulis oleh penulis eksistensialis. Contoh tempatan ciri-ciri grotes ini boleh ditemui pada watak peran dalam Menora dan mek Mulung. Grotes berasal daripada perkataan Latin grotte bermaksud �gua batu�.
bildungsromanbildungstomanKesusasteraanTiadaNovel yang memaparkan perkembangan protagonis dari zaman kanak-kanak atau remaja hingga ke tahap dewasa. Bildrungsroman memaparkan proses kematangan yang dicapai oleh wira muda selepas dia berjaya mengharungi liku-liku hidup. Bildungsroman dikaitkan dengan karya Goethe bertajuk Wilhelm Meisters Lehrjahre (1796) yang dianggap sebagai pengasas pola ini. Beberapa novel ulung pada abad ke-19 dan ke-20 mengguna pakai pola bildungsroman, contohnya novel David Copperfield oleh Charles Dickens. Apabila novel ini secara khusus melukiskan pembentukan seorang seniman, novel ini digelah kunstleroman. Contoh kunstleroman ialah A Portrait of the Artist as a Young Man oleh James Joyce. Mutakhir ini, pengkritik feminis mempertikaikan bentuk bildungsroman lelaki kerana pola perjalanan hidup seorang lelaki tidak sama dengan pola yang dilalui oleh seorang wanita. Para pengkritik feminis mengutamakan pengalaman wanita yang membina jati dirinya. Bildrungsroman berasal daripada bahasa Jerman bermaksud �novel pembentukan�. Liha
third-party diplomacydiplomasi pihak ketigaSains PolitikHubungan AntarabangsaCara menyelesaikan pertelingkahan dengan melibatkan pihak ketiga. Campur tangan pihak ketiga diperlukan untuk membawa kedua-dua pihak yang bertelagah ke meja perundingan kerana permusuhan antara dua pihak tidak memungkinkan mereka mengadakan perjumpaan dua hala. PBB bertindak sebagai pihak ketiga untuk mengadakan diplomasi. Contohnya, isu perang Iran-Iraq dan penaklukan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan telah dirundingkan di bawah naungan PBB. Presiden Jimmy Carter dan Bill Clinton pula telah cuba menjadi perantara dalam menyelesaikan konflik Arab-Israel di Camp David.
12

Kembali ke atas