deportation | deportasi | Sosiologi | Tiada | Tiada |
deportation | deportasi | Undang-undang | Tiada | Tiada |
deportation | penghantaran pulang | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
deportation | penghantaran pulang | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan sesebuah negara menghantar pulang warga asing ke negara asalnya. Tindakan ini biasanya dilakukan terhadap warga asing tersebut yang telah melanggar undang-undang sesebuah negara. Walau bagaimanapun, dalam undangundang antarabangsa tidak ada sebarang alasan yang perlu diberikan bagi tindakan pengusiran ini. Contohnya, di United Kingdom, peraturan mengenai warga asing pada tahun 1953 memberi kuasa kepada Setiausaha Dalam Negeri untuk mengusir pihak asing keluar dari United Kingdom. Tindakan ini merupakan peraturan yang tidak boleh dicabar oleh sebarang pihak sekiranya tindakan tersebut dilaksanakan oleh sesebuah negara. |
deportation | pengusiran | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan mengarahkan individu atau kumpulan keluar dari sesebuah negara dan kembali ke negara asalnya. Contohnya, dalam isu kebanjiran pendatang asing di Malaysia, antara langkah yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah dengan mengumpulkan mereka di kem tahanan sementara sebelum dihantar pulang ke negara asal. Dalam konteks ini, langkah pengusiran seperti ini tidak bersalahan dengan undangundang sesebuah negara. Walau bagaimanapun, pengusiran juga boleh berlaku dalam konteks undang-undang jenayah antarabangsa. Pengusiran merupakan perbuatan memaksa dengan kekerasan sekumpulan manusia supaya beralih keluar merentasi sempadan negara dari tempat tinggal yang sah tanpa alasan yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa. Pengusiran seperti ini adalah salah satu perbuatan jenayah terhadap kemanusiaan. |