reinforced corner | penjuru diperkukuh | Sosiologi | Tiada | Tiada |
reinforced brickwork | binaan bata bertetulang | Kejuruteraan | Tiada | Kerja bata yang diperkukuh oleh logam terkembang, jejaring dawai keluli, besi gegelang, atau rod yang dibenamkan pada sambungan-sambungan lapisan. |
cloth-lined paper (board) | kertas berlapik kain (papan-kertas) | Perpustakaan | Tiada | Kertas atau papan yang diperkukuh dan dilengkapkan dengan menampal muslin atau kain pada kedua-dua belah bahagian. |
ribbed slab | papak berusuk | Kejuruteraan | Tiada | Lantai konkrit bertetulang yang bahagian pengalas bebannya terdiri daripada rasuk tee yang diperkukuh dengan bar-bar keluli di bahagian bawah rentang. Sinonim : lantai jubin geronggang; lantai blok geronggang; lantai pot. |
electrotype | elektrotaip | Komunikasi | Tiada | Plat cetakan ceparas yang dibuat melalui proses elektrolisis kuprum atau nikel. Plat ini menggunakan acuan yang diambil daripada plat asal dan kemudiannya diperkukuh dengan aloi plumbum. |
rammer | pelantak | Kejuruteraan | Tiada | 1. Alat berkepala berat yang mempunyai tangkai yang panjang, digunakan untuk operasi perujahan, dengan alat itu diangkat dan dijatuhkan berulang-ulang kali pada permukaan yang hendak diperkukuh. Sinonim: perujah,2. Alat tangan untuk memadatkan pasir acuan secara sekata pada sekitar corak. |
public relations advertisement | iklan perhubungan awam | Komunikasi | Korporat | Kaedah yang dilakukan oleh sesebuah organisasi untuk mewujudkan, mengukuhkan dan memperbaharui hubungan dengan khalayak sasaran. Kaedah ini dapat memastikan imej organisasi tersebut dipertingkat dan diperkukuh. Langkah yang diambil adalah dengan mengadakan aktiviti perhubungan awam sebagai alat untuk mengiklankan organisasi berkenaan. Antara aktiviti tersebut adalah merancang dan melaksanakan pelbagai acara secara sistematik sepanjang tahun. Setiap kali acara diadakan, pihak organisasi penganjur akan mengeluarkan kenyataan akhbar, risalah, sepanduk dan pepanji. Selain itu terdapat juga pihak penganjur yang membeli ruang khas dalam akhbar untuk menyampaikan ucapan dan membuat pernyataan tertentu bagi pihak organisasi. Sesebuah organisasi penganjur juga boleh mengadakan acara yang bersifat sensasi dan popular yang melibatkan penyertaan orang ramai dan individu terkenal. Acara seperti ini biasanya mendapat liputan pihak media. Kesemua aktiviti berkenaan bertujuan untuk memastikan sesebuah organisasi mendapat ime |
public relations advertisement | pengiklanan perhubungan awam | Komunikasi | Korporat | Kaedah yang dilakukan oleh sesebuah organisasi untuk mewujudkan, mengukuhkan, dan memperbaharui hubungan dengan khalayak sasaran. Kaedah ini dapat memastikan imej organisasi tersebut dipertingkat dan diperkukuh. Langkah yang diambil adalah dengan mengadakan aktiviti perhubungan awam sebagai alat untuk mengiklankan organisasi berkenaan. Antara aktiviti tersebut termasuklah merancang dan melaksanakan pelbagai acara secara sistematik sepanjang tahun. Setiap kali acara diadakan, pihak organisasi penganjur yang membeli ruang khas dalam akhbar untuk menyampaikan ucapan dan membuat pernyataan tertentu bagi pihak organisasi. Sesebuah organisasi penganjur juga boleh mengadakan acara yang bersifat sensasi dan popular yang melibatkan penyertaan orang ramai dan individu terkenal. Acara seperti ini biasanya mendapat liputan pihak media. Kesemua aktiviti berkenaan bertujuan untuk memastikan sesebuah organisasi mendapat imej positif daripada khalayak dalaman dan luaran. |
pitching | menganggul; pembatuan ; membaling (P.JAS) | Kejuruteraan | Tiada | 1. Gerakan sudut kapal atau pesawat udara pada satah tegak di sekitar paksi melintang.,2. Lapisan dasar daripada batu pecah yang dilantak dengan baik dan diperkukuh yang di atasnya permukaan jalan dibina. |
beam slot | alur alang | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bahan yang digunakan dalam pembinaan struktur rumah. Alur alang digunakan sebagai asas untuk memperkuat, mengurangkan beban berat dan menyeimbangkan rangka rumah pada bahagian lantai dan atap semasa pembinaan. Alur alang terbahagi kepada dua, iaitu alur panjang dan alur pendek. Masing-masing berfungsi untuk memperkuat bahagian asas atap dan memperkuat rangka rumah pada bahagian lantai. Alur alang diperkukuh dengan memasukkannya pada lubang yang dikenali dengan alur atau pasak. Sinonim alur rasuk. |