bilah ekor | bilah ekor | Kesenian | Tiada | Bahan daripada buluh yang diraut atau dibentuk untuk dijadikan rangka ekor wau. |
bilah sayap | bilah sayap | Kesenian | Tiada | Bahan daripada buluh yang diraut atau dibentuk untuk dijadikan rangka sayap wau. |
peregang | peregang | Kesenian | Seni Batik | Alat daripada rotan atau buluh yang diraut halus kira-kira 1 cm besarnya, pada bingkai batik tulis, yang digunakan untuk meregangkan kain urat supaya tidak melendut semasa ditulis atau dicanting. |
mengurut | mengurut | Kesenian | Tiada | Proses melembut corak atau motif selepas membalok pada bahagian tertentu dengan diraut menggunakan pisau wali atau pahat. Sinonim: mengurut, urut. |
urut | urut | Kesenian | Tiada | Proses melembut corak atau motif selepas membalok pada bahagian tertentu dengan diraut menggunakan pisau wali atau pahat. mengurut, urut. |
lebeda | lebeda | Kesenian | Tiada | Bekas menggulung benang dalam tenun Iranun yang biasanya dibuat daripada tin-tin kosong atau kayu yang diraut halus. |
kayu pesa | kayu pesa | Kesenian | Tiada | Bahagian pesa yang terdiri daripada sebatang kayu segi empat melintang di atas tiang pesa. Sanding bahagian yang menjadi tempat mengguling tenunan diraut supaya tidak tajam dan salah satu bahagian mukanya berlurah dan berkuku tempat menyangkutkan punca kain. |