fool's gold | emas palsu/emas semu | Kimia | Tiada | 1. Sulfida ferum yang menghablur dalam sistem kiub, berwarna kuning dan merupakan mineral sulfida yang paling lazim dijumpai. Formula FeS2.,2. Mineral yang kelihatan seperti emas, terutama pirit dan kalkopirit. |
dinar | dinar/wang emas | Perniagaan Islam | Tiada | Wang yang diperbuat daripada logam emas dan mempunyai timbangan piawai 4.25 gm atau 1 mithqal emas 22 karat. Ukuran ini ditetapkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. |
fool's gold | emas palsu/emas semu | Geologi | Tiada | 1. Sulfida ferum yang menghablur dalam sistem kiub, berwarna kuning dan merupakan mineral sulfida yang paling lazim dijumpai. Formula FeS2. |
bunga emas (Ir.) | bunga emas | Kesenian | Tiada | 1. Motif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk bunga cengkih atau lima pecahan kelopak. |
femtometer | femtometer | Fizik | Nanoteknologi | Unit panjang yang bersamaan dengan 10 (-15) meter yang biasanya digunakan untuk menentukan saiz nukleus. Contohnya, jejari nukleus emas bersamaan 8.45 femtometer. 1 nanometer bersamaan 1 juta femtometer. |
colloid | koloid | Fizik | Nanoteknologi | Zarah halus bersaiz 1 nm - 1000 nm yang kekal tersebar merata dalam cecair atau gas pada jangka masa lama. Koloid dapat dimendapkan atas permukaan substrat kaca atau silikon untuk membentuk filem tipis. Koloid nanozarah emas atau perak berpotensi digunakan dalam bidang perubatan. Contohnya, koloid nanozarah emas atau perak di dalam air. |
bullion | emas jongkong; bulion | Geologi | Tiada | 1. Bulion: Konkresi yang terdapat dalam beberapa jenis batu arang, terdiri daripada karbonat atau silika, dan mempunyai garis pusat dari beberapa sentimeter hingga satu meter atau lebih.,2. Bintil lempung, syal, batu besi, atau pirit yang biasanya merangkum fosil. |
agate | akik | Perpustakaan | Tiada | 1. Alat untuk memberi warna emas kecoklat-coklatan atau warna perak pada bahagian tepi buku. |
damascene | damasin | Kesenian | Tiada | 1. Hiasan daripada logam yang bertatahkan emas dan perak.,2. Hiasan daripada besi waja yang memperlihatkan corak bergelombang akibat kimpalan. |
illumination | pencahayaan | Kesenian | Tiada | 1. Proses menghias manuskrip dengan kerajang emas.,2. Proses menjadikan sesebuah citra kelihatan bersinar. |