Biopro diesel | diesel Biopro | Pertanian | Agroteknologi | Jenama sejenis bahan bakar yang dibuat daripada enapcemar kelapa sawit. Teknologi pembuatan diesel biopro telah dibangunkan oleh penyelidik Universiti Malaya dan bahan bakar ini dikatakan 40% lebih murah daripada minyak diesel biasa. Selain itu, diesel Biopro mengeluarkan kadar asap dan bahan toksik yang jauh lebih rendah berbanding dengan diesel biasa. Daripada satu liter diesel Biopro, sebuah bas boleh dipandu sejauh 4 km berbanding dengan diesel biasa yang hanya sejauh 1.3 km. |
by-product feed | makanan hasil sampingan | Veterinar | Tiada | Makanan haiwan yang diperbuat daripada hasil sampingan agroindustri. Antara contohnya ialah hampas isirung kelapa sawit, enapcemar kelapa sawit, dedak padi, mil kacang soya dan molases. |
oil palm by-products | hasil sampingan kelapa sawit | Veterinar | Tiada | Hasil bukan utama yang diperoleh daripada kelapa sawit selain daripada minyak. Contoh bahan sampingan ini ialah pelepah kelapa sawit, mil isirung kelapa sawit dan enapcemar kelapa sawit yang digunakan sebagai bahan makanan ternakan ruminan. Selain itu, batang kelapa sawit boleh digunakan untuk membuat perabot dan bahan bangunan. Serabut kelapa sawit pula digunakan sebagai sungkupan tanaman dan tandan kelapa sawit yang dibakar serta abunya dijadikan sebagai baja. |
agricultural by-product | hasil sampingan pertanian | Veterinar | Tiada | Bahan bukan utama yang terhasil daripada aktiviti pertanian sama ada di peringkat ladang atau pengilangan. Kebanyakan bahan ini digunakan sebagai sumber makanan ternakan, baja atau bahan binaan. Contohnya, hampas isirung kelapa sawit, dedak padi, pelepah kelapa sawit dan molases yang digunakan sebagai makanan ternakan; enapcemar kelapa sawit dan najis ternakan sebagai baja; batang kelapa sawit, batang getah dan sekam padi yang dijadikan sebagai bahan binaan. |
single-cell protein | protein sel tunggal | Veterinar | Tiada | Protein yang dihasilkan daripada sel-sel yis, alga dan bakteria yang berkualiti tinggi dan membekalkan asid amino perlu yang diekstrak untuk dijadikan sumber protein bagi ternakan. Bahan-bahan ini boleh juga didapati daripada hasil fermentasi bahan-bahan organik dan rumpai laut. Kandungan proteinnya antara 55-65% dengan kandungan asid amino yang berkualiti tinggi. Yis dan bakteria yang digunakan dalam penghasilan keju dan bir boleh juga dikumpul dan dikeringkan untuk menghasilkan bahan ini. Selain itu, bakteria dan alga yang digunakan untuk merawat bahan kumbahan kilang seperti hasil-hasil petroleum, enapcemar kelapa sawit dan hasil buangan ternakan juga boleh dijadikan sebagai protein sel tunggal. |