inequality | ketaksamaan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Ketakseimbangan dalam hubungan antarabangsa berkaitan dengan tahap pembangunan dan sumber seperti ketenteraan, ekonomi, sains dan teknologi serta pendidikan. Perbezaan ini mewujudkan ketakseimbangan hubungan antarabangsa dan mewujudkan kategori seperti negara utara dengan negara selatan atau negara maju dengan negara sedang membangun. |
international relations | hubungan antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Interaksi antara negara dalam sistem antarabangsa, iaitu hubungan yang berlaku melangkaui sempadan negara. Penekanan diberikan terhadap hubungan antara negara walaupun terdapat juga aktor lain seperti pertubuhan antarabangsa, perbadanan multinasional dan kumpulan berkepentingan transnasional yang memainkan peranan yang penting dalam sistem antarabangsa. Hubungan antarabangsa sebagai satu disiplin ilmu pula ialah pengajian tentang interaksi antara negara dan dalam kalangan negara atau sistem antarabangsa secara keseluruhannya. Disiplin ini dianggap sebagai bidang multidisiplin kerana melihat kepada aspek antarabangsa dalam politik, ekonomi, sejarah, undang-undang dan sosiologi. Selain teori hubungan antarabangsa, subbidang lain dalam disiplin ini ialah ekonomi politik antarabangsa, organisasi antarabangsa, dasar luar, pengajian strategik dan penyelidikan keamanan |
asylum (politic) | suaka politik | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Peraturan dalam sistem hubungan antarabangsa yang membenarkan sesebuah negara memberikan perlindungan kepada warganegara asing yang melarikan diri atas alasan politik. Hak perlindungan ini tertakluk kepada budi bicara negara pemberi perlindungan. Pengisytiharan hak asasi manusia oleh PBB juga memperakukan hak suaka politik kepada semua pelarian politik. Contohnya, Mesir memberikan suaka politik kepada pejuang kemerdekaan Morocco dan Algeria semasa penjajahan Perancis. |
balkanization | dasar membalkan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Istilah yang digunakan oleh ahli sejarah dan diplomat dalam hubungan antarabangsa bagi menghuraikan keadaan perpecahan dan gerakan pembebasan di wilayah Balkan. Istilah ini pada asalnya digunakan untuk menghuraikan dasar Rusia terhadap negara Balkan sekitar akhir abad ke-19. Sinonim pembalkanan. |
interference | campur tangan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan mencampuri urusan sesebuah negara oleh negara lain terhadap hal ehwal dalaman negara dan hubungan antarabangsa. Tindakan ini telah mencabar kedaulatan negara tersebut. Contohnya, tindakan Australia mencampuri urusan menyokong usaha Timor Timur mendapatkan kemerdekaan telah menyebabkan ketegangan antara Australia dengan Indonesia. |
international relations | hubungan antarabangsa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Cabang ilmu dalam bidang sains politik yang berkaitan dengan dasar luar dan hubungan antara negara di dunia. Terdapat tiga pendekatan dalam membentuk hubungan antarabangsa sesebuah negara, iaitu berasaskan hubungan tradisional, perlakuan dan alternatif. Hubungan tradisional ialah satu bentuk hubungan diplomasi yang telah sedia terjalin, manakala hubungan antarabangsa berasaskan perlakuan pula ialah satu bentuk hubungan yang dijalin atas sebab-sebab ekonomi, sosiologi, sains politik dan psikologi. Hubungan antarabangsa juga boleh terbentuk atas sebab alternatif antaranya adalah untuk menunjukkan kerjasama dan usaha sama dalam sesuatu dasar, konsep atau objektif yang ingin dicapai secara bersama. |
ambassador | duta besar | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perwakilan diplomatik tertinggi sesebuah negara dengan negara lain dalam hubungan antarabangsa. Peraturan antarabangsa mengenai duta ini telah dimeterai dalam kongres Vienna pada 19 Mac 1815 antara ketua negara Eropah. Konvensyen Vienna mengenai hubungan diplomatik kemudiannya ditandatangani pada 18 April 1961 yang mengukuhkan lagi kedudukan duta besar sebagai perwakilan negara asing yang tertinggi. Seseorang duta besar diterima oleh ketua negara dengan menyerahkan surat watikah lantikan dalam satu upacara rasmi negara. Perwakilan tersebut menjadi pihak penghubung antara negara mereka dengan negara tuan rumah dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan sosial. Perwakilan mempunyai hak imuniti di negara tuan rumah. |
annexation | penggabungan paksa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan sesebuah negara untuk menggabungkan sesuatu daerah atau wilayah negara lain atau wilayah tanpa tuan sebagai wilayah negaranya. Dalam konteks hubungan antarabangsa, tindakan penggabungan haruslah berlaku secara formal dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Tindakan penggabungan ini biasanya dibuat berasaskan alasan pertalian persaudaraan serumpun, sejarah perhubungan politik, kebudayaan, kedudukan yang strategik dan kepentingan ekonomi. Contohnya, penggabungan beberapa wilayah Jerman oleh Belanda selepas tamatnya Perang Dunia Kedua (1939 - 1945). Sinonim pemilikan paksa. |
jurisdiction | bidang kuasa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Hak sesebuah negara atau mahkamah untuk bersuara atau melakukan sesuatu tanpa sebarang pertikaian daripada pihak lain. Hak tersebut melibatkan tuntutan kawalan terhadap individu, harta, subjek dan keadaan tertentu dalam bidang perundangan, politik atau geografi. Dalam hubungan antarabangsa, konflik bidang kuasa biasa berlaku antara negara dalam aspek kewarganegaraan, sempadan, ruang angkasa, laut, hak perikanan, sungai dan angkasa lepas. |
reciprocity | timbal balik | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Amalan atau prinsip yang biasa dilakukan dalam hubungan antarabangsa yang bertujuan untuk membalas tindakan sesebuah negara. Amalan ini melibatkan tolak ansur, pertukaran atau pembalasan oleh satu negara terhadap negara lain. Amalan ini berlaku dalam hubungan perdagangan, diplomasi, kebudayaan dan pendidikan. Contohnya, apabila Iran menahan tebusan Amerika di Tehran selama lebih setahun, kebanyakan negara dunia mengehadkan hubungan diplomasi mereka dengan Iran. |