Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manis (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit,
Berantonim dengan tawar

2. Bersinonim dengan menarik: menawan

3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita,
Berantonim dengan hodoh

4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti, berbahasa, baik, elok, molek,
Berantonim dengan biadab

Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis,

Puisi
 

Pakai cincin di jari manis,
     Cincin suasa permata dua;
Adik runsing jangan menangis,
     Nanti tiba masa kita berdua.


Lihat selanjutnya...(16)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ring finger (digit IV)jari manis (jari keempat)PerubatanTiadaTiada
gripcengkamSukanBolingCara memegang bola dengan memasukkan ibu jari, jari hantu dan jari manis ke dalam lubang jari.
shihon nukitetusuk empat jariSukanTiadaTusukan jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelengkeng serentak ke sasaran lawan.
liftungkilSukanBolingMembuat anjakan atau putaran pada bola dengan jari hantu dan jari manis semasa bola dilepaskan.
forehand gripgenggam depanSukanTiadaKaedah memegang raket dengan cara mencengkam pemegang raket dalam bentuk V, iaitu ibu jari selari dengan jari manis ke bawah, pada pertengahan pemegang.
finger in the shotlempar paduSukanBolingSuatu lepasan bola yang kuat sehingga meninggalkan rasa getaran pada hujung jari hantu dan jari manis selepas bola dilepaskan.
conventional gripcengkam biasaSukanBolingcengkaman pada bola yang dilakukan dengan memasukkan seluruh ibu jari dan ruas ketiga jari hantu dan jari manis ke lubang bola. (Lihat Gambar 9 pada bahagian lampiran.)
finger tip gripcengkam hujung jariSukanBolingCengkaman pada bola yang dilakukan dengan memasukkan seluruh ibu jari dan ruas pertama jari hantu dan jari manis dalam lubang bola. (Lihat Gambar 13 pada bahagian lampiran.)
semi finger tip gripcengkam separa hujung jariSukanBolingCengkaman pada bola yang dilakukan dengan memasukkan seluruh ibu jari dan setengah ruas kedua jari hantu dan jari manis ke dalam lubang bola. (Lihat Gambar 23 pada bahagian lampiran.)
spanjengkalSukanBolingJarak di antara lubang ibu jari dengan lubang jari hantu dan jadi manis.
12

Kembali ke atas