Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lang.su.ngan] | کلڠسوڠن

Definisi : perihal berterusan atau ber­lanjutan, kelanjutan, kesinambungan: se­muanya ini utk menjaga ~ hidup yg harmoni antara kaum di negara ini; genre sastera yg lainnya spt novel dan cerpen yg akar kemahirannya adalah ~ drpd kreativiti pelipur lara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
langsung
1. Dalam konteks siaran
bersinonim dengan terus, terus-menerus,
(adverba:)

2. Bersinonim dengan lantas
( lalu, terus, lanjar, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan selama-lamanya
( kekal, terus, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan sama sekali
( sedikit pun)
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
survival instinctnaluri kelangsungan hidupUmumTiadaNaluri manusia atau haiwan untuk melakukan sesuatu apabila berada dalam keadaan berbahaya bagi mencegah daripada berlaku kemudaratan atau kematian.
infantilisminfantilismePerubatanTiadaKelangsungan ciri keanak-anakan sehingga ke peringkat dewasa, yang ditandai dengan kerencatan akal, pertumbuhan anggota seks yang tidak sempurna dan kadangkala kekerdilan.
infantilisminfantilismePerubatanTiadaKelangsungan ciri keanak-anakan sehingga ke peringkat dewasa. Antara tanda keadaan ini ialah kerencatan akal, pertumbuhan anggota seks yang tidak sempurna dan kadangkala kekerdilan. Salah satu faktor yang mengakibatkan keadaan ini ialah hipotiroidisme.
daruriyyahdaruriah/asasiPerniagaan IslamTiadaPerihal memastikan kelangsungan hidup yang sempurna. Contohnya, dalam agama Islam, keperluan asasi merujuk kepada usaha menjaga, memantap dan memperkasa lima perkara, iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Dalam konteks perniagaan pula, faktor kejayaan bergantung pada modal, sumber manusia, kemahiran dan pengurusan.
digital nomadnomad digitalSosiologiTiadaIndividu yang menggunakan teknologi bagi meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya pekerja yang menjalankan pekerjaan secara jarak jauh.
value systemsistem nilaiPentadbiranPentadbiran Awam

Tatacara dan tataurus individu atau kelompok dalam menjalani kelangsungan kehidupan mereka dalam sesebuah masyarakat. Sistem nilai juga merujuk kepada cara atau kaedah seorang individu atau sekumpulan individu mengamalkan nilai-nilai murni dalam konteks budaya, sosial dan agama berdasarkan norma-norma sosial. Selain itu, tatacara ini juga dianggap sebagai satu sistem yang membentuk tatamoral yang menjadi pegangan kepada sesebuah masyarakat ke arah kemakmuran sejagat.

organisational supportsokongan organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Tindakan dan usaha yang dilaksanakan oleh pihak pentadbiran dan pengurusan atasan untuk menjamin kelangsungan serta kelancaran sistem pentadbiran sesebuah organisasi. Sokongan organisasi boleh dilihat dalam pelbagai bentuk, seperti sumber tenaga manusia yang mahir dan terlatih, kedudukan dan kekukuhan sumber modal, kelengkapan infrastruktur organisasi, bahan mentah atau material. Di samping itu, sokongan organisasi turut merangkumi bantuan sistem fail, pegawai pembantu atau pembantu penyelidik, fotokopi, mesin menjawab telefon, usaha mempertingkatkan dana, kemudahan internet, reka bentuk grafik, bilik sumber atau perpustakaan. Kemantapan dan kekuatan sokongan organisasi secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kecekapan sesebuah organisasi. 

Liebig�s law of minimumhukum minimum LiebigBiologiEkologiHukum yang mengatakan bahawa taburan spesies dikawal oleh faktor sekitaran, seperti nutrien dan ruang yang sangat minimum, tetapi amat diperlukan bagi kelangsungan hidup organisma yang berkenaan.
integrated aquacultureakuakultur bersepaduSTEMTiadaSistem penternakan hidupan akuatik yang digabungkan dengan aktiviti pertanian lain dengan memanfaatkan sisa hidupan akuatik sebagai nutrien untuk pertumbuhan tanaman, sementara tanaman pula berperanan menulenkan air bagi menyokong kelangsungan hidupan akuatik.
suspended animationanimasi tertahanSTEMTiadaKeadaan organisma hidup yang diperlahankan atau diberhentikan fungsi biologinya melalui prosedur perubatan atau prosedur lain untuk memelihara nyawa dalam jangka masa yang panjang (seperti perjalanan di angkasa lepas) atau untuk kelangsungan hidup dalam kecemasan.
123

Kembali ke atas