prosperity | kemakmuran | Undang-undang | Tiada | Tiada |
coprosperity | sekemakmuran | Sejarah | Tiada | Kemakmuran bersama yang diperolehi melalui kerjasama dan saling bantu membantu oleh anggota masyarakat atau rakyat sesebuah negara. |
benevolent neutrality | kekecualian muhibah | Sejarah | Tiada | Sikap berkecuali yang bertujuan untuk meningkat perasaan muhibah dan keamanan serta kemakmuran. |
living standard | standard kehidupan | Pentadbiran | Tiada | Sikap dan jangkaan seseorang tentang mutu kehidupan keluarga dan dirinya sendiri serta tahap kemakmuran ekonomi. |
rapport | hubung baik | Sejarah | Tiada | Sifat sesuatu atau seseorang yang mempunyai hubungan yang baik yang dicirikan oleh keharmonian, tolak ansur dan kemakmuran. |
social control | kawalan sosial | Pentadbiran | Tiada | Mekanisma atau kaedah yang digunakan untuk mengawasi tingkah laku individu dan kumpulan individu bagi menjamin kemakmuran dalam masyarakat. Kawalan sosial dianggap sebagai pemangkin utama dari sudut penjagaan keamanan, keselamatan, keselesaan dan sebarang bentuk ancaman kepada masyarakat. Oleh itu, kekukuhan ekonomi, kestabilan politik, keseimbangan sosiobudaya, perpaduan kaum dan integrasi nasional mudah dicapai. Walau bagaimanapun, keberkesanan kawalan sosial di dalam sesebuah masyarakat banyak bergantung kepada tahap kesedaran yang tinggi, keakraban hubungan komuniti dan kerjasama yang wujud dalam masyarakat itu sendiri. Misalnya, peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung, RELA, Pertubuhan Belia dan sebagainya boleh dianggap sebagai mekanisma kawalan sosial yang penting untuk mencegah huru-hara dalam masyarakat. |
cooperative sphere | sfera kerjasama | Sejarah | Tiada | Lingkungan wilayah yang tertentu dipropagandakan oleh Jepun dalam tahun 1940-an untuk membentuk kawasan atau wilayah yang saling bekerjasama untuk mencapai kemakmuran tanpa bantuan kuasa asing atau penjajah. |
physiocracy | fisiokrasi | Sejarah | Tiada | Kerajaan yang mengamalkan prinsip atau doktrin atau sistem fisiokratik yang mendasarkan doktrin politik dan ekonomi kepada supremasi atau keutamaan peraturan natural iaitu kekayaan serta kemakmuran umum atau rakyat yang menggerakkan masyarakat industri. |
Sustainable Development Goals (SDGs) | Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Rangka tindakan bersama dalam Agenda Pembangunan Mampan 2030 berteraskan 17 matlamat global yang diterima pakai oleh negara di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk keamanan dan kemakmuran sejagat, masa kini dan akan datang. |
public interest | kepentingan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Keadaan yang merujuk kepada kesejahteraan bersama atau kebajikan masyarakat dalam sesebuah negara. Kepentingan awam menjadi teras kepada kestabilan politik, kekukuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kemantapan taraf pendidikan. Dalam konteks ini kerajaan memainkan peranan penting dalam menjamin kelangsungan kepentingan awam demi menjaga keselamatan dan kemakmuran supaya tidak wujud unsur-unsur subversif yang boleh menjejaskan keamanan negara. |