marginalization | keterpinggiran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menjadikan seseorang, organisasi atau sesuatu kelompok itu semakin tidak penting, tidak diperhatikan atau dipedulikan. Melalui proses ini, kedudukan seseorang dalam masyarakat mula tidak signifikan dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau pengaruh. Pandangannya tidak diberi perhatian dan segala tuntutan atau kepentingannya mula diabaikan. Keterpinggiran ini lazimnya berlaku apabila individu atau kelompok itu sudah begitu lama bergerak dan tidak penting atau kerana sesuatu kesilapan yang pernah dilakukannya. la juga boleh dilakukan secara sengaja oleh pihak yang berkuasa untuk melemahkan kedudukan dan pengaruhnya. Contohnya, keterpinggiran yang dialami oleh pemimpin parti yang menghadapi dakwaan mahkamah. Pemimpin ini tidak lagi diberi perhatian oleh ahli dan pemimpin parti. Sinonim pemarginalan. |
marginalization | pemarginalan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat keterpinggiran. |
nation-state | negara bangsa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang ditubuhkan berasaskan satu bangsa yang mempunyai pemerintah, kedaulatan dan sempadan yang jelas. Dalam negara ini, undang-undang dan dasar pemerintahan dibentuk sesuai dengan aspirasi atau kehendak bangsa yang menghuni negara tersebut. Negara bangsa dianggap sudah terbentuk apabila warganegaranya merasakan mereka merupakan satu bangsa yang mendukung tamadun dan budaya yang sepunya dan tidak lagi menonjolkan isu seperti tuntutan pemisahan wilayah, perbezaan dan konflik ras, minoriti, keterpinggiran dan diskriminasi. Walaupun wujud perbezaan kaum, agama atau bahasa dalam negara ini, kemajmukan ini masih boleh bersatu dalam satu bangsa. Namun begitu, kewujudan satu bangsa yang sepadu dalam sebuah negara agak sukar dicapai kerana dalam kebanyakan negara, isu-isu di atas masih wujud dan sukar diatasi. Contoh negara bangsa yang berjaya ialah Jepun dan Korea Selatan. |