Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
madu (kata nama)
Bersinonim dengan manisan lebah, manisan, nira, sari, nektar, misan.,

Peribahasa

Seperti lebah: mulut bawa madu,
     pantat bawa sengat.

Bermaksud :

Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pollen substitutedebunga gantianPertanianAgronomi

Makanan untuk lebah madu yang menggantikan debunga dan terdiri daripada campuran yang tinggi kandungan proteinnya. Campuran ini mengandungi tepung soya, susu tepung tanpa lemak dan yis pembru. Debunga gantian digunakan sebagai makanan lebah madu dalam keadaan sukar untuk mendapatkan debunga.

honey beelebah maduPerhutananTiadaTiada
stingless beekelulutBiologiEntomologiLebah madu dalam subfamily Apidae, yang bersaiz kecil, hidup berkoloni di dalam tanah atau pada batang kayu tua, dan tidak menyengat, tetapi dapat menggigit. Lebah ini kebanyakannya terdapat di kawasan tropika.
honeycombkomb maduBiologiEntomologiSel lilin yang dihasilkan oleh lebah madu untuk menyimpan madu dan berfungsi sebagai sel seperinduk. Sel ini dibina daripada lilin yang dirembeskan oleh empat pasang kelenjar yang terletak di dalam membran di bawah segmen abdomen ketiga, keempat, kelima, dan keenam.
pollen supplementdebunga tambahanPertanianAgronomi

Debunga gantian yang ditambah dengan 2 hingga 25 peratus debunga. Debunga tambahan digunakan untuk merangsang pembiakan lebah madu semasa kekurangan sumber debunga seperti kemarau. Di samping itu, debunga tambahan juga digunakan semasa menubuhkan koloni baru.

honey beelebah maduBiologiEntomologiLebah akuleat yang kebanyakan spesiesnya hidup bersama-sama. Lebah ini biasanya dipelihara untuk pengeluaran madu.
honey stomachperut lebahBiologiEntomologiTembolok lebah madu tempat nektar bercampur dengan enzim dari kelenjar liur dan berubah menjadi madu sebelum dikeluarkan.
apicultureapikulturPertanianAgroteknologiAktiviti memelihara lebah untuk mendapatkan madu dan produk lain seperti lilin lebah, propolis, debunga dan madu ratu lebah. Selain itu, sarang lebah dan koloni lebah dijaga supaya dapat dijual untuk tujuan pendebungaan. Secara umumnya, madu dan produk-produk lebah ini boleh diperoleh daripada tiga sumber utama, iaitu lebah ternak, lebah liar atau lebah tualang dan juga kelulut. Di Malaysia, kawasan utama pengeluaran madu lebah terdapat di Johor, Selangor dan Perak.
labellumlabelumBiologiHistologi dan Sitologi1. Petal yang terletak di sebelah bawah, walaupun secara morfologinya pada posterior bunga orkid. mesopetalum. 2. Staminoid sisi yang bercantum, seperti pada bunga famili Zingiberaceae. 3. Lobus kecil di bawah labrum atau palpus labium pada serangga. lobus probosis. 4. Struktur yang menyerupai sudu pada glosa lebah madu.
attractive planttumbuhan penarikPertanianAgronomi

Tumbuhan yang mempunyai sifat seperti bunga yang besar dan berwarna cerah atau berbau harum yang menjadi daya tarikan, terutamanya kepada serangga. Contohnya, pokok bunga cempaka. Kadangkala tumbuhan penarik sengaja ditanam untuk menggalakkan kumbang menghampiri tumbuhan ini dan seterusnya menggalakkan pendebungaan. Tumbuhan penarik juga ditanam dalam pengeluaran lebah madu supaya populasi lebah berhampiran sarang lebah akan meningkat.

123

Kembali ke atas