permaculture | permakultur | Pertanian | Agroteknologi | Satu cabang reka bentuk dan kejuruteraan ekologi termasuk pembinaan dan pengurusan sumber air bersepadu yang bertujuan membangunkan sistem habitat lestari serta sistem pertanian lestari yang berasaskan ekosistem semula jadi dan mesra alam. Tiga prinsip permakultur ialah memelihara bumi, memelihara manusia dan mengitar semula hasil lebihan. Dalam permakultur, sesuatu kawasan direka bentuk supaya terdapat integrasi antara unit seperti unit pertanian, unit pemprosesan, unit pemasaran dan semua bahan input berada di dalam kawasan itu sendiri. |
sustainable agriculture | pertanian lestari | Pertanian | Agroteknologi | Lihat pertanian mapan. |
sustainable fashion | fesyen lestari | Kesenian | Tiada | Fesyen pakaian yang diperbuat daripada bahan mesra alam sekitar, seperti fabrik kitar semula. Fesyen ini juga tidak banyak menggunakan tenaga kerja. |
maximum sustainable yield | hasil lestari maksimum | Sains Marin | Tiada | Tahap penghasilan maksimum yang dapat dicapai pada sesuatu unit masa. Pada tahap penghasilan ini sumber semula jadi seperti sumber perikanan, sumber hutan dan lain-lain yang boleh dieksploitasi secara rutin tanpa menyebabkan kepupusan sumber. |
sustainable agriculture | pertanian mampan/pertanian lestari | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
sustainable water source | sumber air lestari | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
green computing | pengkomputeran hijau | STEM | Tiada | Amalan lestari dalam reka bentuk dan penggunaan sistem teknologi maklumat yang cekap tenaga dan mesra alam. |
green building | bangunan hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Struktur lestari yang mesra alam sekitar di sepanjang kitar hayat, bermula daripada proses merancang, mereka bentuk, membina, menyelenggara, mengubah suai, meroboh dan melupuskan sisa. Bangunan hijau dibina dengan menitikberatkan orientasi optimum bangunan di atas tapak pembinaan, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap, penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan dan penghasilan sisa yang minimum. |
sustainable system | sistem mampan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sistem yang bersifat lestari, mampu berkembang serta mencapai tahap prestasi yang baik, contohnya amalan 3R dalam pengurusan sisa pepejal. |
applied sustainable system | sistem mampan terapan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sistem yang mempunyai entiti lestari melibatkan penerapan sains, teknologi, inovasi dan sains sosial untuk mengekalkan keseluruhan ekosistem. |