antiglobulin | antiglobulin | Biologi | Mikrobiologi | Antibodi yang mengikat dan memendakkan globulin. |
iron bacteria | bakteria besi | Geologi | Tiada | Bakteria anaerob yang memendakkan besi oksida dari larutan, sama ada dengan cara mengoksidakan garam ferus atau dengan cara membebaskan bahan teroksida dari sebatian organik. |
Kahn test | ujian Kahn | Perubatan | Tiada | Ujian untuk mengesan penyakit sifilis. Ujian ini dilakukan dengan memendakkan 0.3 ml serum yang tidak aktif dengan 0.05 ml antigen tercair. Selepas digoncang selama tiga minit tiub dieram pada 37oC selama semalam. Kemunculan satu atau dua tompok mendakan menunjukkan kewujudan penyakit ini. |
calcium test | ujian kalsium | Perubatan | Tiada | Ujian untuk menganggar kalsium di dalam darah. Ujian ini dilakukan dengan memendakkan kalsium darah dengan menggunakan ammonium oksalat; mendakan dilarutkan dengan asid sulfurik dan dititratkan dengan kalium permanganat; amaun kalsium permanganat menunjukkan kandungan kalsium di dalam darah. Sin: ujian Clark |
Sachs-Georgi�s test | ujian Sachs-Georgi | Perubatan | Tiada | Ujian untuk mengesan penyakit sifilis. Ujian ini dilakukan dengan memendakkan 1 ml ekstrak alkohol berkolesterol daripada jantung manusia atau lembu (1 bahagian) dan 0.9% larutan natrium klorida (9 bahagian) dengan 0.3 ml serum bersifilis. |
coaguant | bahan penggumpal | Kimia | Tiada | Bahan yang berkeupayaan menyebabkan penggumpalan bahan lain. Bahan penggumpal lazimnya terdiri daripada sebatian yang ionnya bercas kuat. Bahan jenis ini digunakan untuk memendakkan pepejal atau separuh pepejal daripada larutan, seperti kasein daripada susu, zarah gerah daripada lateks, atau benda asing daripada air. Misalan bahan penggumpal ialah asid yang ditambah kepada susu; asid asetik yang ditambah kepada lateks; dan aluminium sulfat yang ditambah kepada iar; manakala darah mengandungi bahan penggumpal semula jadi, iaitu trombin. |
ultra-centrifugation | pengultra-emparan | Bioteknologi | Tiada | Pengemparan berhalaju tinggi untuk menyediakan atau menganalisis sel, membran, zarah sel, protein, asid nukleik, dan makromolekul lain. Kesan daya pengemparan tinggi yang dijana dalam pengultraemparan dapat memendakkan zarah pada kadar cepat bergantung pada kelikatan dan/atau ketumpatan medium yang bergerak melaluinya dan juga bergantung pada bentuk, ketumpatan serta berat molekul zarah. |
fog | kabut | Kimia | Tiada | 1. Titisan cecair yang terampai di dalam udara akibat kondensasi wap air pada zarah, habuk, jelaga, dan lain-lain. Kabut buatan diperoleh melalui getaran ultrasonik di dalam makmal. Getaran ultrasonik juga dapat memendakkan kabut semula jadi. 2. koloid yang terbentuk apabila cecair tersebar di dalam gas. |
permanet hard water | air liat kekal | Kimia | Tiada | Air liat yang terbentuk kerana kehadiran kalsium sulfat dan/atau kalsium klorida, magnesium sulfat serta magnesium klorida terlarut. Air liat jenis ini tidak dapat diubah menjadi air lembut melalui pendidihan. Bagaimanapun, air ini dapat dilembutkan dengan menambahkan natrium karbonat yang dapat memendakkan kalsium karbonat. |
bromine poisoning | keracunan bromin | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada bromin (formula kimia, Br2), iaitu cecair perang-merah. Had pendedahan ialah 0.1 ppm, dan anggaran dos parah ialah 1 cm3. Kesan korosif ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut terjadi akibat pengingesan, penyedutan, atau penyentuhan kulit. Jika terambil secara pengingesan, pedih yang teramat dalam mulut, farinks, dan abdomen diikuti dengan muntah dan cirit-birit yang memendakkan darah gelap, tekanan darah turun mendadak, dan warna perang atau kekuningan mungkin terdapat di sekeliling atau didalam mulut. Astiksia terjadi ekoran edema glotis. Jika tersedut, gejalanya ialah batuk, tercekik, dan sakit kepala, pening, dan keadaan lemah, selepas 6 hingga 8 jam tempoh terpendam, diikuti dengan edema pulmonari dengan sesak dada, pening, kahak berbuih dan sianosis. Hemoptisis dan kesingkatan pernafasan mungkin berlerusan untuk beberapa minggu selepas pendedahan awal. Jika terkena kulit, gejalanya termasuk sakit yang tera |