Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.fo.kus.kan] | ممفوکوسکن

Definisi : 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian dsb) kpd, menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.fo.kus.kan] | ممفوکوسکن

Definisi : menjadikan cahaya bertumpu ke satu titik (dgn menggerak-gerakkan kanta dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memfokuskan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
focussingmemfokuskan; pemfokusanFizikTiadaTiada
focussingmemfokuskan; pemfokusanKejuruteraanTiadaTiada
gas focusingmemfokuskan gasFizikTiadaTiada
spintronicsspintronikSTEMTiadaBidang yang memfokuskan penggunaan cas dan spin elektron untuk memproses dan menyimpan maklumat dalam peranti elektronik untuk menghasilkan peranti yang lebih efisien, cepat dan menjimatkan tenaga berbanding teknologi semikonduktor konvensional.
neuroprostheticsneuroprostetikSTEMTiadaBidang yang memfokuskan reka bentuk dan pembangunan peranti atau implan yang berinteraksi dengan sistem saraf untuk mengembalikan atau mempertingkat fungsi saraf yang telah rosak atau terjejas.
mechanobiologymekanobiologiSTEMTiadaBidang yang memfokuskan kesan daya fizikal dan perubahan ciri mekanikal sel dan tisu terhadap perkembangan dan pembahagian sel, fisiologi sistem hidup serta perkembangan penyakit.
mechanochemistrymekanokimiaSTEMTiadaBidang yang memfokuskan tindak balas kimia yang dihasilkan melalui pengaruh daya dan rangsangan mekanikal. Tindak balas ini pantas dan lestari kerana tidak menggunakan penambahan bahan kimia dan menjimatkan tenaga.
electron probekuar elektronKimiaTiadaKaedah memfokuskan elektron pada suatu titik pada permukaan sampel untuk mengesan unsur-unsur secara kualitatif dan kuantitatif berdasarkan spektrum sinar-X masing-masing.
electron lenskanta elektronGeologiTiadaPeranti untuk memfokuskan alur elektron dengan menggunakan medan magnet atau medan elektrostatik.
foodtographysajigrafiFotografiTiadaSeni mengambil gambar yang memfokuskan sajian sebagai subjek utama sesuatu imej.
12345

Kembali ke atas