Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hyposensitivehiposensitifPerubatanTiada1. Memperlihatkan penurunan atau pengurangan kesensitifan.,2. Gerak balas yang kurang daripada normal terhadap bahan antigen.
ellipsoidal lavalava elipsoidGeologiTiada1. Lava yang memperlihatkan struktur bantal dan dianggap terbentuk di persekitaran subakua.,2. Aliran lava yang mempunyai pola elipsoid.
bravurabravuraKesenianTiada1. Bravura: Sapuan berus pada lukisan yang dapat memperlihatkan semangat dan tenaga seseorang pelukis.
flat colourwarna rataKesenianTiada1. Warna yang tidak mempunyai kepelbagaian serta tidak memperlihatkan kesan berus.
damascenedamasinKesenianTiada1. Hiasan daripada logam yang bertatahkan emas dan perak.,2. Hiasan daripada besi waja yang memperlihatkan corak bergelombang akibat kimpalan.
aureoleaureolGeologiTiada1. Zon dalam batuan sekitar yang mengelilingi rejahan igneus, dan di dalam zon ini, batuan sekitarnya memperlihatkan kesan metamorfisme sentuh.
demigodsepara dewaSejarahTiada1. Sesuatu yang bersifat separuh tuhan dan separuh manusia, sering kali terdapat dalam Berita rakyat Yunani purba tentang anak kepada dewa dengan perempuan biasa.,2. Seorang yang memperlihatkan keunggulannya sebagai intelek, berkuasa, berkebolehan, berwibawa dan personaliti yang menarik dijadikan propaganda oleh media massa seolah-olah seperti Tuhan.
Armenian boletanah liat ArmeniaPerpustakaanTiada1. Tanah liat berwarna merah cerah yang digunakan sebagai bahan warna dan juga untuk disapukan pada bahagian tepi buku sebelum menyepuhnya, sebagai dasar kepada warna emas yang dapat memperlihatkan warna yang lebih jelas dan berkilat.
carta RingelmannRingelmann�s chartBiologiEkologiCarta yang digunakan dalam pembuatan dan penguatkuasaan piawai sinaran. Carta ini memperlihatkan julat siri warna daripada kelabu muda kepada hitam yang digunakan untuk mengukur kelegapan asap yang dikeluarkan dari cerobong atau sumber lain. Warna kelabu melambangkan berbagai-bagai ketumpatan asap dan diberi nombor daripada 1 hingga 5. Nombor Ringelmann 1 setara dengan kepekatan 20%, dan nombor Ringelmann 5 setara dengan ketumpatan 100%.
open endingakhiran terbukaKesusasteraanTiada

Penutup teks yang tidak menyelesaikan persoalan dalam sesuatu karya. Walaupun sesebuah teks (lisan, tercetak, atau digital) telah berakhir, namun persoalan dalam teks belum diselesaikan. Persoalan ini hidup dan berkembang secara tidak ketara dan berterusan dalam minda atau imaginasi pembaca. Kebanyakan karya tradisional daripada sastera Asia memperlihatkan akhiran terbuka ini, justeru karya ini disebut akhiran ketimuran. Begitu juga dengan karya moden dan pascamodenisme yang tertentu dalam kesusasteraan dunia. Contohnya, Hikayat Hang Tuah yang mengakhiri cerita tanpa menjelaskan perjalanan hidup Hang Tuah seterusnya. Akhiran terbuka dikenali juga sebagai penyelesaian terbuka.1">

12

Kembali ke atas