الترهيب | Ḥadīth tarhīb | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang menakutkan daripada melakukan keburukan dengan janji-janji seksa. |
horror film | filem seram | Komunikasi | Tiada | Filem yang memaparkan kisah yang menakutkan seperti cerita hantu. |
fear memory | ingatan takut | Psikologi | Tiada | Memori yang terhasil daripada pengalaman yang menakutkan atau traumatik. |
positive form | bentuk positif | Landskap | Tiada | Bentuk yang dapat menimbulkan perasaan stabil, yakin , tidak ngeri atau tidak menakutkan. Contohnya, garis lurus, bentuk segi empat tepat dan lain-lain. |
fast short pitch ball | lantun pendek pantas | Sukan | Tiada | Balingan laju yang dilantunkan dalam jarak dekat dengan tujuan menakutkan pemukul. |
fear conditioning | pelaziman takut | Psikologi | Tiada | Proses pembelajaran yang mewujudkan rasa takut terhadap sesuatu yang pada asalnya tidak menakutkan. |
fear appeal | daya penarik takut | Pelancongan | Tiada | Unsur seram yang berperanan sebagai daya tarikan pelancong, seperti bilik penginapan berhantu dan tempat bersejarah yang menakutkan. |
Kafkaesque | gaya Kafka | Kesusasteraan | Tiada | Gaya, nada, dan sikap watak yang terdapat dalam penulisan Franz Kafka. Secara umumnya, gaya Kafka melahirkan suasana igauan yang menakutkan, seolah-olah wujud kuasa kejam yang mengawal dunia igauan tersebut. Antara tema yang dipaparkan dalam penulisan Kafka ialah kehilangan identiti, pembangkitan rasa takut dan bersalah, serta penipuan pihak berkuasa yang menghalalkan kejahatan, seolah-olah hal tersebut merupakan suatu perkara yang wajar. Novel Kafka yang jelas mencerminkan ciri-ciri ini ialah The Trial (1925) dan The Castle (1926). |
jump scare | takut kejut | Perfileman | Tiada | Kemunculan imej yang mengejutkan secara tiba-tiba dalam filem seram atau video, dan lazimnya diiringi oleh kesan bunyi yang kuat bertujuan untuk menakutkan penonton. |
delusional perception | persepsi berdelusi | Psikologi | Psikologi Umum | Proses yang membuatkan otak menyusun dan menginterpretasikan sensasi persekitaran tetapi maklumat dan interpretasi itu mungkin berbaur dengan pendapat atau kepercayaan palsu atau tidak berasas. Contohnya, pokok pisang yang dilihat pada waktu malam, diinterpretasikan sebagai satu lembaga yang menakutkan. |