Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngap.li.ka.si.kan] | مڠڤليکاسيکن

Definisi : menggunakan secara prak­tik atau amali, melaksanakan atau meng­gunakan pd amalan: mereka menge­tahui beberapa banyak teori dan terlalu ingin ~ teori itu ke dlm sesi yg baru dimulainya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngap.li.ka.si.kan] | مڠڤليکاسيکن

Definisi : menggunakan secara amali: Setiap pelajar perlu ~ pengetahuan yg dipelajari di sekolah dlm kehidupan harian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaplikasikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neuromarketingneuropemasaranSTEMTiadaBidang yang mengaplikasikan neurosains dan psikologi kognitif untuk memahami sikap pengguna terhadap iklan dan jenama dengan memantau aktiviti gelombang otak, pergerakan mata dan gerak balas kulit. Neuropemasaran digunakan untuk membantu strategi pemasaran yang berkesan.
agroecologyagroekologiSTEMTiadaKajian yang mengaplikasikan ekologi dalam sistem pertanian yang menggalakkan amalan pertanian mesra alam dan lestari untuk meningkatkan kesihatan biodiversiti dan ekosistem.
fluoride therapyterapi fluoridaPergigianTiadaRawatan mengaplikasikan larutan berfluorida berbentuk gel atau cecair pada permukaan gigi. Ion fluorida di dalam larutan ini akan diserap oleh gigi dan akan menguatkannya. Gigi akan menjadi lebih resistan terhadap tindakan asid bagi mengurangkan kejadian karies.
biomechanicsbiomekanikSains SukanBiomekanikDisiplin ilmu yang mengaplikasikan prinsip mekanik dalam kajian pergerakan organisma hidup. Dalam pergerakan manusia, disiplin ilmu ini menggabungkan aspek anatomi dan mekanik untuk menganalisis keupayaan anggota badan menghasilkan pergerakan. Disiplin ilmu ini diaplikasikan dalam sains sukan bagi memperbaik teknik, memaksimumkan keupayaan fizikal untuk mencapai prestasi yang maksimum, mengurangkan kecederaan, selain boleh mereka cipta pakaian dan alatan sukan yang efisien. Selain kajian tentang pergerakan tubuh, aspek daya, momentum dan darjah pergerakan juga merupakan antara elemen yang dikaji dan diperhatikan dalam biomekanik.
sports sciencesains sukanSains SukanBiomekanikBidang yang mengaplikasikan sains ke dalam sukan dan menggabungkan disiplin-disiplin seperti perubatan, anatomi, psikologi, fisiologi, biomekanik dan pemakanan.
biophysicsbiofizikSains SukanBiomekanikCabang ilmu sains sukan yang mengaplikasikan prinsip dan kaedah fizik dalam sistem biologi, yang memfokuskan aspek saintifik pergerakan manusia. Cabang ilmu ini melibatkan disiplin ilmu biomekanik, anatomi, fisiologi, kawalan motor dan psikologi.
theatrical stylegaya keteateranKesenianDrama dan TeaterOlahan persembahan yang mengaplikasikan teknik teater sama ada pada gaya penataan pentas atau gaya berdialog.
data scientistahli sains dataSTEMTiadaIndividu yang menganalisis dan mengaplikasikan data.
teaching practicelatihan mengajarPendidikanTiadaProgram guru pelatih dikehendaki mengajar di sekolah dan berpeluang mengaplikasikan teori yang dipelajari. Dalam tempoh mengajar, guru pelatih dibimbing dan dinilai.
data modellingpemodelan dataTeknologi MaklumatPerisianProses membina model data dalam kejuruteraan perisian dengan mengaplikasikan deskripsi model data formal menggunakan beberapa teknik pemodelan. Proses ini penting dalam mentakrifkan keperluan perniagaan bagi satu pangkalan data. Proses ini juga dinamakan pemodelan pangkalan data kerana lama-kelamaan model data ini akan diguna pakai dalam satu pangkalan data. Pemodelan data boleh terdiri daripada skema konseptual, skema logik dan skema fizikal.
12

Kembali ke atas