Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngin.te.gra.si.kan] | مڠينتݢراسيکن

Definisi : menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan: semua suku harus ~ diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia; peranan pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngin.te.gra.si.kan] | مڠينتݢراسيکن

Definisi : menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Semua suku kaum harus ~ diri menjadi satu keluarga besar dlm sesuatu bangsa. Peranan pemasaran hendaklah diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengintegrasikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
STEMpreneurusahawan STEMSTEMTiadaPengusaha yang mengintegrasikan kemahiran STEM dalam perusahaannya.
STEM fieldsbidang STEMSTEMTiadaBidang yang mengintegrasikan disiplin Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik untuk menyelesaikan masalah secara inovatif.
IoT technicianjuruteknik internet bendaSTEMTiadaPakar yang mengintegrasikan sensor, peranti dan sistem kepada Internet benda.
poison centerpusat racunPerubatanTiadaInstitusi yang berfungsi untuk mengintegrasikan perkhidmatan berkaitan dengan keracunan agar dapat mengurangkan risiko kejadian keracunan dan meningkatkan keberkesanan rawatannya. Perkhidmatannya merangkumi pembekalan maklumat berkenaan ubat dan racun, aktiviti kajian dan dokumentasi, perkhidmatan pendidikan dan pencegahan keracunan, serta makmal toksikologi. Di Malaysia, institusi ini dikenali dengan nama Pusat Racun Negara yang terletak di bawah kelolaan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
globalisationglobalisasiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProses berterusan yang mengintegrasikan politik, sosial dan budaya negara-negara melalui rangkaian pertukaran rentas sempadan yang dilonjakkan oleh langkah multilateralisme. Contohnya, globalisasi ekonomi, iaitu proses bagi membolehkan ekonomi negara bersepadu menjadi ekonomi antarabangsa melalui perdagangan, pelaburan asing secara langsung, aliran modal dan penyebaran teknologi. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, globalisasi bererti penerimapakaian sebuah peraturan oleh satu demi satu negara, sehingga akhirnya hanya peraturan itu sahaja yang diterima untuk seluruh dunia.
common marketpasaran bersamaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAturan perdagangan serantau yang mengintegrasikan ekonomi negara anggota pada tahap tertinggi. Aturan ini bukan sahaja menghapuskan sekatan perdagangan barangan antara negara anggota, malah menyamakan kadar sekatan terhadap barangan yang diimport dari negara bukan anggota. Kesannya, barangan boleh diimport dari satu negara anggota ke negara anggota lain tanpa perlu membayar duti import dan sekatan perdagangan yang lain. Selain itu, aturan ini menghapuskan sekatan terhadap pergerakan perkhidmatan, manusia dan modal antara negara anggota. Contohnya, penyedia perkhidmatan di sebuah negara anggota boleh memberikan perkhidmatan di negara anggota lain tanpa halangan. Demikian juga dengan orang sebenar dari satu negara anggota yang boleh tinggal dan bekerja di negara anggota lain tanpa halangan. Wang juga boleh dipindahkan dari satu negara anggota ke bank negara anggota lain tanpa sekatan. Contoh pasaran bersama ialah Komuniti Eropah (EC).
lab-on-a-chipmakmal atas cipSTEMTiadaPeranti atau sistem miniatur yang mengintegrasikan pelbagai fungsi makmal di atas satu kepingan cip untuk menganalisis sesuatu sampel melalui ujian kimia atau biologi.
biophilic designreka bentuk biofilikSeni BinaTiadaKonsep yang digunakan dalam industri bangunan untuk mengintegrasikan alam semula jadi ke dalam seni bina bangunan sebagai cara untuk meningkatkan kesihatan, jiwa dan ekosistem keseluruhan.
humanisation economy agezaman ekonomi pemanusiaanSTEMTiadaTempoh perkembangan ekonomi apabila perniagaan dan industri semakin mengutamakan pengalaman, kesejahteraan dan nilai kemanusiaan dengan mengintegrasikan pertimbangan etika dan sosial dalam operasi dan penghasilan produk.
agreement on textiles and clothingperjanjian tekstil dan pakaianUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang menghapuskan secara berperingkat-peringkat kuota import terutamanya oleh negara maju terhadap import tekstil dan pakaian dari negara membangun. Perjanjian ini mengintegrasikan sistem kuota import tekstil dan pakaian dalam Perjanjian Multigentian (MFA) ke dalam Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT). Perjanjian tekstil dan pakaian berakhir secara automatik pada tahun 2005 apabila kuota import diganti dengan tarif dan sekatan bukan tarif berpandukan peraturan GATT. Perjanjian ini dilampirkan kepada Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan menjadi sebahagian daripada sistem Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
12

Kembali ke atas