expectorant | ekspektoran | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan suatu bahan yang menggalakkan pengeluaran mukus atau cecair dari paru-paru, bronkus dan trakea. 2. Agen yang menggalakkan pengeluaran mukus dengan mengurangkan kepekatan rembesan pulmonari atau mengurangkan pelekatan cecair pada salur respiratori bawah. Ekspektoran merupakan salah satu drug daripada kumpulan mukokinetik dan bertujuan menggalakkan pengaliran mukus dariparu-paru. Ekspektoran bertindak dengan mengisyaratkan tubuh untuk meningkatkan amaun atau kelembapan rembesan, dan menghasilkan rembesan jernih berlebihan untuk bertindak sebagai pelincir di dalam salur pemafasan yang mengalami kerengsaan. Contoh ekspektoran ialah guaifenesin, kalium iodida dan asetilsistena. |