inverse function | fungsi songsang | Matematik | Tiada | Fungsi yang menterbalikkan peranan pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tak bersandar bagi suatu fungsi satu dengan satu. Diberi y = f(x), dengan y sebagai pemboleh ubah bersandar dan x sebagai pemboleh ubah tak bersandar, fungsi songsang kepada f ialah fungsi yang menterbalikkan peranan x dan y, iaitu x diungkapkan sebagai bersandar pada y dengan bentuk x = g((y). Fungsi g yang songsang kepada f diwakili dengan tanda f-1. |
turning a corner | mengubah hala; menterbalikkan penjuru | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
pronation | pronasi | Perubatan | Tiada | Pemusingan tapak tangan yang terlentang sebanyak 1800 sehingga menterbalikkan tapak tangan itu ke bawah. Bdg. supinasi. |
secondary cell | sel sekunder | Teknik | Elektrik | Sel yang boleh dicas semula selepas kehabisan tenaga, iaitu dengan menterbalikkan proses tindak balas kimia yang berlaku pada sel tersebut melalui pembekalan arus terus kepadanya. Misalnya, bateri asid plumbum yang digunakan dalam kenderaan. |
thyristor | tiristor | Teknik | Elektrik | Nama kumpulan komponen separuh pengalir penerus terkawal yang cirinya seperti tiratron yang berkeupayaan menghalang pengaliran arus ke hadapan sehinggalah arus pemicu pada get diberikan. Peranti ini boleh dimatikan dengan mengurangkan arus ke hadapan sehingga kurang daripada arus penahan atau dengan menterbalikkan kekutuban voltan yang digunakan. Contoh komponen ini ialah penerus terkawal silikon. |
Appellate Body | Badan Rayuan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Bahagian dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang terdiri daripada tujuh individu. Badan Rayuan bertanggungjawab untuk mendengar rayuan daripada laporan yang dikeluarkan oleh panel dalam pertikaian yang dibawa oleh negara anggota WTO. Badan Rayuan boleh menegakkan, meminda atau menterbalikkan dapatan dan kesimpulan perundangan sesebuah panel. Laporan Badan Rayuan, apabila diterima oleh Badan Penyelesaian Pertikaian (DSB), mesti diterima oleh pihak-pihak yang bertikai. Badan Rayuan bertempat di Geneva. |
antidumping measures | langkah antilambakan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan yang diambil oleh negara pengimport untuk mengatasi lambakan barangan daripada pengeluar asing. Lambakan berlaku apabila pengeluar asing mengeksport barangan pada harga yang lebih rendah daripada harga barangan yang dijual di pasaran tempatan pengeluar asing tersebut. Selain itu, lambakan juga boleh berlaku jika pengeluar asing mengeksport barangan pada harga di bawah kos. Matlamat langkah antilambakan adalah untuk menterbalikkan kemudaratan yang dibawa oleh lambakan terhadap pengeluar di negara pengimport. Melalui perjanjian antilambakan, langkah antilambakan telah dilakukan seperti duti antilambakan yang tidak melebihi margin lambakan. Margin lambakan merujuk kepada perbezaan harga eksport barangan dan nilai normal barangan. Nilai normal barangan boleh merujuk kepada harga barangan di pasaran tempatan pengeluar asing. Antara langkah antilambakan yang lain ialah jaminan harga atau volum antara pengeluar asing dengan negara pengimport supaya harga import tidak dibenarkan kurang, mana |