passive stretching | regangan pasif | Sains Sukan | Biomekanik | Regangan pada otot, tendon dan ligamen yang dilakukan dengan meregangkan otot antagonis. Contohnya, seseorang meregangkan otot hamstring dengan meletakkan kaki di atas kerusi. Pada keadaan ini, tidak ada daya lain yang diperlukan untuk menahan regangan tersebut. |
penyisipan | penyisipan | Kesenian | Tiada | Proses meregangkan bahagian anyaman untuk memasukkan alat sisip beserta helaian mengkuang atau pandan supaya tidak terburai. |
hoist | regang | Sukan | Boling | Tindakan meregangkan tangan ke belakang semasa melakukan ayun belakang. |
gingival retraction | peretrakan gingiva | Pergigian | Tiada | Prosedur meregangkan krevis gingiva dari gigi untuk mendedahkan pinggir penyediaan gigi. Regangan ini dilakukan dengan menggunakan kord peretrakan yang dimasukkan dalam krevis gingiva. Prosedur ini dilakukan sebelum pengambilan impresi penyediaan gigi. Kord peretrakan tersebut dikeluarkan dari krevis gingiva sejurus sebelum bahan impresi disuntik ke dalamnya. |
joint manipulation | manipulasi sendi | Kejururawatan | Tiada | Teknik terapeutik pasif untuk meregangkan sendi yang mengalami pergerakan terhad. |
static stretching | regangan statik | Sains Sukan | Biomekanik | Regangan yang dilakukan untuk meregangkan otot sehingga had pergerakan dan kedudukannya dikekalkan untuk tempoh tertentu tanpa sebarang gerakan. Aktiviti ini melibatkan pergerakan regangan yang perlahan. Regangan ini biasanya dilakukan selama 30 saat untuk setiap aktiviti regangan. |
rebound force | daya lantun | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Daya yang terhasil daripada pergerakan yang meregangkan spring atau peredam hasil dari pergerakan roda yang menganjal atau menjauh daripada badan kenderaan. Contoh daya lantun ialah apabila roda selesai menganjak, daya spring menolak badan kenderaan dan menghasilkan pergerakan menganjal. |
rebound force | daya lantun | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Daya yang terhasil daripada pergerakan yang meregangkan spring atau peredam hasil dari pergerakan roda yang menganjal atau menjauh daripada badan kenderaan. Contoh daya lantun ialah apabila roda selesai menganjak, daya spring menolak badan kenderaan dan menghasilkan pergerakan menganjal. |
geligin | geligin | Kesenian | Tiada | 1. Bahagian karat yang berupa kayu nibung yang digunakan untuk mengait dan meregangkan benang karat. Satu karat mempunyai dua pasang geligin. |
geligin panjang | geligin panjang | Kesenian | Tiada | Bahagian karat yang berupa kayu nibung yang digunakan untuk mengait dan meregangkan benang karat. Satu karat mempunyai dua pasang geligin. |