permeability | ketelapan | Biologi | Fisiologi | Sifat yang membolehkan cecair meresapi keluar atau bergerak ke dalam sesuatu membran. |
diffusion | resapan | Kesusasteraan | Puisi | Kesan pembacaan puisi yang meresapi emosi khalayak. Contohnya, puisi "Pemuda dan Gadis Tionghua" karya Usman Awang. Pemuda dan gadis Tionghua, di sini bumi dan dan udara kita yang menghidupkan dan bagi kematian, o tanah air dengan kepastian tidak seorang pun akan mungkir kerana kejujuran tertambat pada kesetiaan mengalir. |
colloid | koloid | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Bahan yang berat molekulnya (MW) tinggi dan tidak mudah meresapi membran separa telap. 2. Bahan yang terdiri daripada dua bahagian atau fasa yang berhomogen dan saling bertaut antara satu dengan yang lain. |
interpenetrating polymer network | rangkaian polimer saling menusuk | Kejuruteraan | Polimer | Sing. IPN. Rangkaian dua polimer atau lebih yang meresapi antara satu sama lain hasil daripada pempolimeran adunan polimer dengan polimer terpaut silang yang dibengkakkan dengan monomer jenis lain berserta agen pemaut silang dan kemudiannya dipolimerkan. |
CSF penetration | peresapan cecair serebrospina (CSF) | Perubatan | Tiada | Keupayaan sesuatu bahan atau ubat melintasi perintang darah-otak dan meresapi cecair serebrospina. Peresapan ini bergantung kepada saiz molekul ubat, peratus molekul bebas dan darjah keradangan meninges. Rawatan penyakit yang melibatkan sistem saraf otak memerlukan penggunaan ubat yang mempunyai peresapan cecair serebrospina yang tinggi. Contohnya, Chloramphenicol yang mempunyai peresapan cecair serebrospina yang tinggi berguna untuk rawatan penyakit meningitis. |
package dyeing | pakej mencelup | Kesenian | Hiasan Dalaman | Proses mencelup benang bulu yang telah siap dipintal, kemudian digulung menjadi satu bentuk besar yang berlubang-lubang. Pewarna yang telah dipanaskan akan meresapi keseluruhan benang melalui lubang-lubang tersebut. Benang- benang itu seterusnya dikeringkan, diurai dan ditenun. |