batten door | pintu belebas | Alam Bina | Tiada | Pintu yang dibuat daripada papan menegak yang dipasangkan dua atau lebih palang. |
automated identification (AutoID) | pengenalan automatik (AutoID) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Proses pengecaman data secara automatik melalui beberapa teknologi dan peranti seperti pembaca kod palang, pengenalan frekuensi radio (RFID), pembaca jalur magnet dan kad ingatan optik. Contohnya, pengenalan automatik digunakan untuk membuka pintu laluan zon terhad sesebuah hospital yang dikhaskan untuk pegawai perubatan sahaja. Sinonim tangkapan data dan pengenalan automatik (AIDC). |
lapped joint | tanggam lekap | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Tanggam yang dihasilkan daripada sambungan dua kepingan kayu atau venir dengan cara membuang setengah daripada tebal tiap-tiap kayu tersebut. Ada dua jenis tanggam lekap, iaitu tanggam lekap penjuru yang digunakan semasa membuat pemidang gambar dan pintu papan lapis; dan tanggam lekap palang yang digunakan semasa membuat bangku, meja dan kerusi. |