Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pas.tu.ra] | ڤستورا

Definisi : padang ragut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pas.tu.ra] | ڤستورا

Definisi : padang yg ditumbuhi rumput tempat lembu, kambing dsb meragut rumput; padang ragut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pastura


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pasture managementpengurusan pasturaVeterinarTiadaSistem pembangunan, penjagaan dan penggunaan pastura bagi memastikan hasil bahan kering dan kualiti pastura terjamin. Antara aktiviti yang terlibat dalam pengurusan ini ialah pembajaan, pembuangan rumpai, penanaman semula dan juga merangkumi pengurusan sistem potong-angkut, sistem ragutan, pembuatan rumput kering atau silaj untuk sesuatu ternakan.
cut and carry systemsistem potong-angkutVeterinarTiadaSistem pengurusan pastura apabila ternakan tidak dibenarkan meragut dengan bebas. Rumput atau pastura akan dipotong mengikut jangka masa tertentu iaitu 3-4 minggu sekali. Sistem ini sesuai digunakan untuk pemberian makanan kepada ternakan secara intensif atau dalam kurungan. Dengan demikian, pastura tidak terdedah kepada pencemaran najis dan air kencing haiwan, sekali gus mengelakkan masalah jangkitan parasit. Sistem ini juga dapat membantu masalah pengairan, pembajaan dan pemotongan rumput dilakukan dengan baik supaya hasil dan kualiti pastura dapat ditingkatkan.
agrostologyagrostologiVeterinarTiadaBidang ilmu yang mengkaji tentang pastura yang terdiri daripada rumput dan kekacang terpilih yang digunakan sebagai makanan ternakan. Bidang ini melibatkan peringkat penyediaan tanah, penanaman dan pengurusan serta pemprosesan dan penyimpanan pastura. Selain itu, bidang ini juga melibatkan kajian pembiakbakaan untuk mendapatkan jenis rumput yang berpotensi untuk dijadikan sebagai makanan ternakan.
pasturepastura padang ragutGeografiTiadaTiada
pasturepastura padang ragutPerhutananTiadaTiada
pasturepastura padang ragutPertanianTiadaTiada
pasturepastura padang ragutPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
pasturepastura padang ragutPertanianTiadaTiada
induced pasturepastura teraruhPertanianTiadaTiada
ley pasturepastura leiPertanianTiadaTiada
123

Kembali ke atas