time of flight | masa penerbangan | Mekanik | Gunaan | (bagi peluncur) Jangka masa peluncur berada di udara. Masa ini ialah jumlah masa yang diambil oleh peluncur untuk mencapai tinggi yang maksimum dan untuk kembali semula ke bumi. Untuk mendapatkan nilai masa penerbangan, komponen tegak halaju peluncur digunakan. |
horizontal range | bidang mengufuk | Kimia | Tiada | Jarak di antara titik luncur sesuatu peluncur dengan titik tempat peluncur itu jauh di bumi, diukur di sepanjang garis mengufuk. Apabila tempat peluncur jatuh berada pada satah mendatar yang mengandungi titik luncur, maka nilai bidang mengufuk R diwakili oleh sebuatan, u2 sin2 α R = gdengan u sebagai halaju luncur, a sebagai sudut luncur dan g sebagai pecutan graviti. Untuk nilai halaju luncur yang tertentu, bidang mengufuk adalah maksumum apabila a = 45o |
horizontal range | bidang mengufuk | Mekanik | Gunaan | Jarak di antara titik luncur sesuatu peluncur dengan titik tempat peluncur itu jauh di bumi, diukur di sepanjang garis mengufuk. |
maximum height | tinggi maksimum | Mekanik | Gunaan | (bagi peluncur) Tinggi maksimum yang dicapai oleh peluncur dalam kala penerbangannya. Pada ketika berkenaan, halaju peluncur itu ialah sifar. Nisbi terhadap satah mengufuk yang melalui titik luncur, tinggi maksimum H diberikan oleh ungkapan, (rujuk m/s 202) dengan u sebagai halaju luncur, a ialah sudut luncur dan g ialah pecutan graviti. |
range of projectile | bidang luncur | Kimia | Tiada | Jarak di antara titik luncur sesuatu peluncur dengan titik tempat peluncur itu jatuh di bumi. Jarak berkenaan diukur di sepanjang permukaan bumi, sama ada pada arah mengufuk atau condong. Lihat juga bidang mengufuk. |
range of projectile | bidang luncur | Mekanik | Gunaan | Jarak di antara titik luncur sesuatu peluncur dengan titik tempat peluncur itu jatuh di bumi. Jarak berkenaan diukur di sepanjang permukaan bumi, sama ada pada arah mengufuk atau condong. Lihat juga bidang mengufuk. |
projection angle | sudut luncur | Mekanik | Gunaan | (bagi peluncur) Sudut di antara arah halaju luncur sebarang peluncur dengan garis mengufuk. Sudut luncur menentukan ciri kuantiti kinematik gerakan peluncur. |
glidant | peluncur | Farmasi | Farmaseutik | Sejenis bahan yang digunakan untuk membantu pemprosesan dalam pengeluaran tablet. Dalam konteks ini peluncur digunakan untuk meningkatkan aliran serbuk atau granul daripada corong tuang ke dalam acuan mesin pentabletan. Contoh peluncur ialah silika berkoloid. |
trajectory of a projectile | londaruang peluncur | Mekanik | Gunaan | Laluan yang diikuti oleh peluncur di ruang. Londarung ini merupakan sebuah parabola kerana pecutan mula yang dikenakan oleh tolakan pelancaran menyusut akibat tindakan rintangan udara, dan pecutan graviti menyebabkan peluncur beransur-ansur jatuh. |
glider mail | mel peluncur udara | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Mel yang diangkut oleh peluncur udara seperti yang pernah digunakan di Cuba dalam tahun 1935. |