adulterant | bahan pemalsu | Herba | Tiada | Sebarang bahan kimia atau bendasing yang hadir dalam bahan mentah atau sediaan herba sama ada secara sengaja atau tidak yang dilakukan manusia. Terdapat pelbagai jenis bahan pemalsu, iaitu unsur tanah, bahagian atau spesies tumbuhan selain daripada yang dinyatakan dalam spesifikasi herba, bahagian atau spesies tumbuhan yang kurang berkualiti, bahan kimia, ubat sintetik dan sebagainya. Kehadiran bahan-bahan ini merendahkan nilai kualiti bahan mentah atau sediaan herba. Penggunaan bahan pemalsu dalam sediaan herba adalah salah di sisi undang-undang. Contohnya, sediaan herba afrodisiak ditambahkan bahan pemalsu ubat sintetik sildenafil. |
herbal substitution | penggantian herba | Herba | Tiada | Perlakuan sengaja menukarkan bahan mentah herba dengan bahan pemalsu. Lazimnya penggantian herba dilakukan terhadap bahan mentah yang sukar diperoleh dan mahal untuk tujuan mengaut keuntungan yang banyak. Bahan pemalsu yang biasa hadir ialah bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi herba dan bahagian atau spesies tumbuhan yang kurang berkualiti. Campur palsu ini dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan assai. Contohnya, akar tongkat ali digantikan dengan bahagian batangnya. |
accidental adulteration | campur palsu secara tidak sengaja | Herba | Tiada | Perlakuan tidak sengaja mencampurkan bahan mentah atau sediaan herba tulen dengan bahan pemalsu. Campur palsu disebabkan kecuaian semasa proses pengumpulan, pengeringan dan pembungkusan bahan mentah, serta semasa pengilangan sediaan herba. Bahan pemalsu ialah unsur tanah, bahagian tumbuhan yang tidak tulen dan rumpai. Campur palsu ini dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan gravimetri. |
faker | pemalsu | Sejarah | Tiada | Tiada |
واضع | pemalsu | Agama Islam | Hadith | lihat: فلان متهم بالكذب |
الوضاع | amat pemalsu | Agama Islam | Hadith | lihat: الدجال |
يضع حديثا | pemalsu Ḥadīth | Agama Islam | Hadith | Perawi yang memalsukan Ḥadīth. |
deliberate adulteration | campur palsu secara sengaja | Herba | Tiada | Perlakuan sengaja mencampurkan atau menggantikan bahan mentah atau sediaan herba tulen atau kurang berkualiti dengan bahan pemalsu. Campur palsu dilakukan untuk mengurangkan kos pemprosesan sediaan herba yang sukar diperoleh atau mahal, menopengi bahan mentah yang kurang berkualiti dan meningkatkan keberkesanan sediaan herba. Bahan pemalsu ialah bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi herba, bahagian atau spesies tumbuhan yang kurang berkualiti, bahan kimia dan ubat sintetik. Campur palsu ini boleh dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan gravimetri. |
food forensics | forensik makanan | STEM | Tiada | Bidang kajian tentang keselamatan dan ketulenan makanan, termasuk menganalisis sampel makanan untuk mengesan bahan cemar atau bahan pemalsu bagi menyiasat kes penipuan dan pencemaran makanan. |
herbal authentication | pengesahan herba | Herba | Tiada | Proses membuktikan kesahihan identiti dan ketulenan ubat mentah untuk memastikan ketekalan kualitinya. Spesies dan bahagian tumbuhan suatu herba biasanya dicamkan mengikut tatanama dan ciri botani masing-masing. Ketulenan suatu herba dipastikan tidak mengandungi sebarang bahan pemalsu, pencemar atau pengganti. Kesahihan identiti dan ketulenan bahan mentah boleh juga dipastikan dengan memperoleh sijil pengesahan daripada makmal analisis yang bertauliah. |