electric assist choke | pencekik terbantu elektrik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pencekik automatik yang mempunyai unsur pemanas elektrik kecil yang berfungsi untuk memanaskan pegas termostatik dalam pencekik yang menyebabkan pegas tersebut bertindak balas dengan lebih cepat untuk membuka pencekik sepenuhnya. |
adjustable choke | pencekik boleh laras | Kejuruteraan | Petroleum | Pencekik yang mengandungi jarum tirus dan boleh diubahsuai untuk mengawal kadar alir. Rujuk : pencekik. |
positive choke | pencekik positif | Kejuruteraan | Petroleum | Pencekik yang ukuran orifisnya mesti diubah bagi mengubah kadar alir bendalir yang mengalir melaluinya. Rujuk : pencekik. |
choke line | talian pencekik | Kejuruteraan | Petroleum | Paip yang dipasang dari pencegah semburan keluar hingga ke pencekik bagi mengarahkan aliran bendalir telaga dari anulus ke panca rongga pencekik. |
choke | pencekik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Plat atau injap dalam karburetor yang terbuka secara manual atau automatik ketika menghidupkan enjin sejuk. Pencekik beroperasi dengan mengecilkan laluan udara yang melalui hon udara sehingga menghasilkan ruang vakum separa dalam karburetor dan menghasilkan campuran lebih. Keadaan ini mengehadkan pengaliran udara dan menghasilkan tekanan separa vakum di belakang injap yang menyebabkan pengaliran bahan api bertambah lalu mewujudkan campuran lebih. Pencekik ini akan terbuka secara automatik apabila enjin menjadi panas. Sinonim plat cekik. |
choke | pencekik; kincup; cekik | Sosiologi | Tiada | 1. Pencekik: Gegelung elektrik yang digunakan untuk mengehadkan arus nyahcas. |
fixed choke | pencekik positif | Kejuruteraan | Tiada | Pencekik yang ukurannya tidak dapat dilaras. |
positive choke | pencekik positif | Kejuruteraan | Tiada | Pencekik yang ukurannya tidak dapat dilaras. |
surface choke | pencekik permukaan | Kejuruteraan | Petroleum | Pencekik yang dipasang di talian aliran di permukaan yang mengandungi puting getah dengan lubang bergaris pusat kecil untuk menahan aliran bendalir. Berguna untuk menahan aliran bendalir di talian aliran di permukaan dan mengawal kadar pengeluaran di permukaan. |
adjustable choke | pencekik boleh laras | Kejuruteraan | Tiada | Pencekik berjarum tirus yang dapat disesuaikan untuk mengawal kadar alir. |