Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.de.sa/] | ڤندسق

Definisi : orang yg mendesak (meminta se­suatu dgn sungguh-sungguh): golongan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.de.sa/] | ڤندسق

Definisi : orang yg mendesak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendesak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flow numbersnombor aliranKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah kadar aliran isi padu cecair yang mengalir melalui pendesak terhadap kadar aliran isi padu cecair yang diputarkan oleh pendesak dan diungkapkan sebagai dengan NQ = nombor aliran, a = kadar aliran isi padu cecair (m3/s), n = halaju putaran (s-1), Da = garis pusat pendesak (m), W = lebar pendesak (m). Nombor ini menghubungkan isi padu cecair yang perlu diaduk dengan halaju atau kadar putaran pendesak. Bagi sistem yang mengandungi sesekat: kipas marin NQ = 0.5 turbin 6 bilah dengan W/Da = 0.2, NQ = 0.93 D/Da.
closed impeller pumppam pendesak tertutupKejuruteraanKejuruteraan KimiaPam empar yang mengandungi pendesak yang terdiri daripada satu siri ram di atas hab tengah yang terletak di antara dua plat penutup.
pressure groupskumpulan pendesakUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKumpulan yang cuba untuk mempengaruhi pihak pembuat dan pemantau undang-undang antarabangsa supaya kepentingan mereka diambil kira oleh negara. Antara perkara yang diperjuangkan oleh kumpulan pendesak ialah kepentingan golongan minoriti, hak wanita, pekerja, kanakkanak dan alam sekitar.
Power numbernombor PowerKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah daya seret yang bertindak per unit keluasan permukaan pendesak terhadap tegasan inersia dan diungkapkan sebagai dengan np = nombor Power, P = kuasa (watt), n = bilangan putaran per saat, r = ketumpatan (kg/m3), Da = garis pusat pendesak (m), gc = 1 kg m/s2N. Nombor tak bermatra ini digunakan untuk mendapatkan korelasi kuasa yang diperlukan bagi memutar pendesak pada halaju tertentu di dalam tangki. Nombor Power sepadan dengan faktor geseran atau pekali seret.
pressure groupkumpulan pendesakSains PolitikPolitik PerbandinganPertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan kelompok tertentu bagi mempengaruhi proses penggubalan dasar kerajaan. Kelompok ini tidak terlibat dalam proses pembentukan kerajaan tetapi mempunyai bidang kepentingannya sendiri dan bergerak untuk memelihara kepentingan tersebut. Secara keseluruhannya, pergerakan kelompok ini adalah untuk kepentingan awam namun secara khusus adalah untuk memelihara kepentingan tertentu seperti kebersihan alam sekitar, kebajikan buruh, pengguna, pelajar, bahasa, wanita, anak seni, kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan melalui pelbagai cara seperti melobi, menulis surat kepada pihak berkuasa tertentu, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, mengadakan demonstrasi dan berbagai-bagai program kempen dan poster. Contoh kumpulan pendesak di Malaysia ialah Aliran, Suaram dan Hakam yang sensitif terhadap perkembangan politik dan hak asasi manusia.
pressure groupkumpulan pendesakPentadbiranPentadbiran Awam

Pertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan kelompok tertentu bagi mempengaruhi proses penggubalan dasar kerajaan. Kumpulan ini akan melakukan apa sahaja tindakan sama ada secara formal atau tidak formal untuk mencapai hasrat dan matlamat mereka. Kelompok ini tidak terlibat dalam proses pembentukan kerajaan tetapi mempunyai kepentingannya sendiri dan bergerak untuk memelihara kepentingan tersebut. Secara keseluruhannya, pergerakan kumpulan ini untuk kepentingan awam namun, secara khusus adalah untuk memelihara kepentingan tertentu seperti kebersihan alam sekitar, bahasa, kebajikan buruh, pengguna, pelajar, wanita, anak seni, kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan melalui pelbagai cara seperti melobi, menulis surat atau memorandum kepada pihak berkuasa, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, mengadakan demonstrasi dan pelbagai program kempen dan poster. Contoh kumpulan pendesak di Malaysia ialah Kongres Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), K

Cumming correlationkorelasi CummingKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi bagi pekali pemindahan haba untuk penyejukan atau pemanasan cecair di dalam tangki yang berbentuk silinder dan dilengkapi dengan unit pemanas atau penyejuk yang berbentuk gelungan dan diadukkan oleh pengaduk jenis pendesak yang diungkapkan sebagai (rujuk m/s 170) dengan hc = pekali pemindahan haba cecair-gelungan, Dt = garis pusat tangki, k = keberaliran haba, Da� = garis pusat pendesak, n = kadar putaran pendesak, Pr = nombor Prandtl, m = kelikatan, mw = kelikatan cecair pada permukaan dinding.
lobbyingmelobiSains PolitikPolitik PerbandinganCubaan individu atau golongan pendesak mempengaruhi keputusan kerajaan sama ada secara memujuk anggota dewan perundangan, kabinet atau pihak tertentu yang membuat keputusan. Ia boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti desakan secara langsung, pembujukan kepada wakil rakyat atau menteri, menulis surat, membangkitkan isu tersebut di akhbar, menelefon pegawai yang terlibat dan penggunaan wang supaya desakan mereka diterima. Istilah melobi bermula daripada amalan pembujukan yang dilakukan di bahagian lobi atau ruang anjung dewan sehingga namanya ini kekal digunakan untuk menjelaskan maksud tersebut. Di Amerika Syarikat, golongan pendesak tertentu melaksanakan kajian terperinci mengenai sesuatu isu dan kemudian mendedahkan hasil kajian dan kesan jangka panjangnya kepada wakil rakyat, dan ini boleh mempengaruhi beliau dalam menggubal keputusan.
impellarpendesakFizikTiadaTiada
assertivependesakPendidikanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas