water colour pencil | pensel warna air | Kesenian | Tiada | Pensel warna yang larut air. |
pencil mark | jalur kulat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Jaluran yang selari dengan ruji yang kelihatan seperti garisan pensel yang pendek pada permukaan hujung beberapa jenis kayu. Jaluran ini terjadi akibat tindakan kulat dan menyebabkan perubahan warna pada kayu, yang kadangkala menghasilkan kesan estetik pada kayu yang diserang. |
jelutung | jelutung | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Dyera spp. daripada famili Apocynaceae. Spesies utamanya yang menghasilkan kayu termasuk Dyera costulata dan D. polyphylla. Gubal kayu jelutung sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna putih kekuningan dan warna jerami. Kayu ini mempunyai sel parenkima yang masih aktif di kawasan empulur, dan mempercayai tidak mempunyai teras kayu yang sebenar. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 495 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu jelutung mudah diawet, mempunyai sifat pengeringan yang baik, tetapi terdedah kepada serangan kulat pewarna dan kumbang bubuk. Kayu ini digunakan terutamanya untuk ukiran, bangkai gambar, papan lukisan, alat permainan, dan pensel kayu. |