accordion door | pintu palas | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pintu yang diperbuat daripada kepingan kayu, plastik atau logam yang menegak dan bersambung antara satu sama lain. Pintu ini unik kerana tidak memerlukan ruang yang besar dan boleh dilipat sepenuhnya untuk mendapatkan saiz bukaan yang maksimum. |
roller gate | pintu air guling | Kejuruteraan | Tiada | Pintu air rabung silinder, biasanya geronggang, yang dinaikkan dan diturunkan oleh roda-roda besar yang bergigi yang bergerak di atas trek-trek sendeng. |
roll through refrigerator | peti sejuk dwihala | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Peti sejuk besar yang mempunyai pintu dwihala yang boleh menyimpan troli makanan. |
battering ram | pelantak pelancar | Kesenian | Seni Bina | Alat yang bersaiz besar dan berat yang diperbuat daripada kayu, besi, batu atau bahan-bahan lain, digunakan untuk memukul dan memecahkan dinding atau pintu bangunan. Alat ini biasanya digunakan oleh ahli bomba atau pihak berkuasa untuk meruntuhkan pintu atau dinding semasa kecemasan. Pada Zaman Pertengahan, alat ini biasanya digunakan untuk meruntuhkan pintu kota yang terkepung atau memusnahkan kubu musuh. |
rail | susur | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahagian mendatar yang terdapat pada kerangka, panel tingkap atau pintu. Dalam pertukangan kayu, susur merujuk kepada sebarang anggota mendatar yang diikat menggunakan tanggam lubang puting atau dengan cara lain di antara atau di atas dua tiang yang menyebabkan pembentukan kerangka atau panel yang berikut: a. pagar, sama ada petak pengurungan dibentuk dengan hanya dua rel selari atau lebih untuk membolehkannya dipaku kepada anggota menegak atau tiang; b. koping pada selasar yang dikenali sebagai selusur tangan, yang terdapat pada tangga; c. bingkai pada panel, pintu, tingkap atau gambar dengan anggota mendatar dan menegak bingkai bertindak sebagai penerima panel; d. susur batu berbentuk besar dan berat, dipahat dengan hiasan yang teliti serta bertindak sebagai pagar upacara kepada lereng curam kuil Buddha purba; e. gegalang, iaitu bebatang mendatar yang digunakan sebagai alat gantung untuk tuala dan langsir; f. gelangsar, iaitu kekotak untuk meluncur atau menggelincir pintu atau pintu lipat gelangsar, sama ad |
kas | kas | Kesenian | Tiada | Almari besar yang mempunyai dua daun pintu, birai hias dan panel hias yang bermotifkan bunga. |
cove | teluk kecil | Sains Marin | Tiada | Saluran air masuk pantai yang mempunyai pintu air masuk sempit, terlindung dan terhad. Teluk kecil sering berbentuk bulat atau bujur dan terletak dalam teluk yang lebih besar. |
pylon | pilon | Kejuruteraan | Tiada | 1. Peranti ampaian dipasang secara luar di bawah sayap atau fuselaj pesawat udara.,2. Struktur besar, misalnya piramid terpangkas, di kiri kanan pintu masuk.,3. Menara yang menyokong dawai untuk jarak yang jauh.,4. Menara atau struktur-struktur lain yang menandai laluan kapal terbang. |
wedge gate valve | injap pintu baji | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Injap yang menggunakan penutup berbentuk baji untuk menutup dan membuka laluan aliran. Penutup baji biasanya digerakkan secara gelangsar pada dudukan dengan bantuan batang skru dan roda tangan. Penggerak berkuasa elektrik, pneumatik dan hidraulik boleh digunakan untuk membuka injap bersaiz besar. Injap ini kerap digunakan sebagai injap henti kerana sangat kedap ketika tertutup penuh. |
gate | pintu; lawang; bukaan; laluan; get | Geologi | Tiada | 1. Laluan masuk ke teluk atau ke pelabuhan, terletak di antara tanjung.,2. Laluan gunung yang dijadikan laluan masuk ke sesuatu daerah atau negeri.,3. Lembah yang rendah dan lebar atau bukaan di antara tanah tinggi, biasanya lebih lebar daripada jurang.,4. Laluan terbatas di sepanjang lembah sungai.,5. Fisur atau bukaan yang besar pada rangka radiolaria spumelaria. |