canon | kanun | Kesusasteraan | Tiada | Sekumpulan karya yang diterima dan disahkan sebagai bermutu tinggi oleh para sarjana dan institusi yang berwibawa. Kanun berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud kayu yang lurus. Dalam tradisi agama, kanun merujuk kepada sekumpulan kitab sakral yang diterima sebagai tulen. Istilah ini juga merujuk kepada sekumpulan karya kesusasteraan daripada seseorang pengarang yang dianggap tulen. Contohnya, sebanyak 37 drama pentas yang hebat dipercayai dihasilkan oleh William Shakespeare. Akhir-akhir ini, konsep kesejagatan dan autoriti yang membentuk kanun dalam kesusasteraan mula dicabar. Umpamanya, kanun sastera dunia hanya merujuk kepada teks sastera Barat dan mengetepikan teks sastera lain, atau teks sastera golongan minoriti. Fenomena ini menunjukkan bahawa konsep kanun ini dipengaruhi ideologi dan kepentingan tertentu. Oleh itu, pembaca harus berwaspada apabila mengamati teks yang dianggap kanun dengan mengkaji sistem dan proses yang mengagungkan karya sastera tersebut. |
protein family | famili protein | Biologi | Genetik | Sekumpulan protein yang terdiri daripada hasil sekumpulan gen yang berkait rapat dari segi struktur. |
mystax | mistaks | Biologi | Entomologi | 1. Sekumpulan bulu di bahagian atas mulut serangga tertentu. 2. Sekumpulan bulu kejur atau seta di bahagian atas mulut sesetengah serangga Diptera. |
clone | klon | Biologi | Genetik | 1. Sekumpulan individu yang dihasilkan menerusi pembiakan vegetatif daripada satu individu asal. 2. Sekumpulan sel yang mempunyai kandungan gen yang seiras. klon DNA. |
therapeutic constituent | juzuk berterapi | Herba | Tiada | Bahan atau sekumpulan bahan kimia khusus yang menyumbang kepada aktiviti terapeutik suatu bahan, sediaan atau produk ubat-ubatan herba. Contohnya, sekumpulan bahan kimia flavonoid yang terdapat dalam herba misai kucing yang menghasilkan aktiviti antioksida. |
genocide | genosid | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pembunuhan yang disengajakan terhadap sekumpulan besar orang berdasarkan pelbagai faktor seperti geografi, demografi dan politik. Contohnya, pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki yang mengakibatkan kematian sekumpulan besar penduduk di Jepun. Pembersihan etnik boleh digolongkan sebagai satu bentuk genosid. Contohnya, pembersihan etnik Rohingya di Myanmar. |
differential host | perumah pembeza | Pertanian | Tiada | Sekumpulan perumah yang digunakan untuk mengenal pasti patogen di bawah peringkat spesies, misalnya forma spesialis, ras fisiologi atau patorar. Sebaiknya setiap ahli perumah tersebut mengandungi satu atau sekumpulan gen tahan yang berbeza. |
differential host | perumah pembeza | Biologi | Patologi | Sekumpulan perumah yang digunakan untuk mengenal pasti patogen di bawah peringkat spesies, misalnya forma spesialis, ras fisiologi atau patovar. Sebaiknya setiap ahli perumah tersebut mengandungi satu atau sekumpulan gen tahan yang berbeza. |
calving pattern | pola beranak (bovin) | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Corak kekerapan beranak bagi seekor lembu betina yang menjadi petunjuk kepada kesuburannya. Pola beranak sekumpulan lembu merujuk kepada senarai kronologi tarikh kelahiran. Kelahiran bermusim yang padat pada sekumpulan lembu menunjukkan tahap kesuburan lembu yang tinggi. |
inhuman treatment | perlakuan tak berperikemanusiaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Layanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan atau peninggalan, yang diberikan terhadap manusia seolah-olah orang tersebut bukan manusia, seperti memukul manusia seperti memukul haiwan, menggiring sekumpulan manusia seperti menggiring sekumpulan haiwan, memakan daging manusia, menyeret mayat, atau melayan manusia seperti zat yang tidak mempunyai bahasa, akal atau kefahaman. Contoh lain ialah menghalang seseorang daripada tidur atau membuang air kecil, atau menghalang seseorang daripada menikmati cahaya waktu siang atau menghalang seseorang daripada bertemankan seseorang yang lain. |