Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.si.ti.vi.ti] | سينسيتيۏيتي

Definisi : (sénsitiviti) keadaan sensitif, ke-pekaan: pihak pengurusan percetakan dan penerbitan mestilah mengambil kira ~ kaum-kaum yg bermastautin di negara ini; mereka telah meletakkan segala-galanya kpd mesin dan melupakan kemampuan daya fikir dan ~ serta rangsangan seorang insan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sensitiviti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sensitivitysensitivitiKejururawatanTiadaKepekaan terhadap alergen tertentu atau bahan asing yang boleh menimbulkan tindak balas alahan.
context sensitivitysensitiviti konteksPendidikanTiadaKepekaan kepada perkara sebelum dan selepas situasi yang dikaji.
food sensitivitysensitiviti makananMakanan dan PemakananPemakananTindak balas ringan terhadap sesuatu bahan dalam makanan yang diambil dan dicirikan dengan sedikit kegatalan atau kemerahan pada kulit.
phenotypic resistancerintangan fenotipAIDSTiadaPenurunan sensitiviti HIV terhadap ubat tertentu berdasarkan IC50.
allergyalergiPerubatanTiadaKeadaan seseorang yang mengalami sensitiviti yang luar biasa apabila terdedah kepada alergen, seterusnya menghasilkan ciri alergi seperti ruam, gatal dan menyebabkan penyempitan salur pernafasan.
desensitizationpenyahpekaanPsikologiPsikologi UmumProses untuk mengurangkan sensitiviti atau kereaktifan individu. Contohnya, individu yang sangat sensitif boleh dikurangkan emosinya jika diberikan kaunseling melalui prosedur penyahpekaan.
anodyneanodinHerbaFitoterapiUbat yang menenangkan keresahan fikiran dan melegakan rasa sakit dengan pengurangan sensitiviti sistem saraf. Contohnya, candu dan ganja.
bronchial lavagelavaj bronkusPerubatanTiadaProsedur membersihkan bronkus untuk menghilangkan kotoran seperti cecair, lendir dan kuman. Sampel lavaj biasanya diambil untuk ujian kultur dan sensitiviti mikroorganisma.
quantum sensorsensor kuantumSTEMTiadaSensor yang menggunakan prinsip mekanik kuantum, iaitu superposisi dan keterlibatan untuk mengesan dan mengukur fenomena atau kuantiti fizikal dengan ketepatan dan sensitiviti yang tinggi. Contoh penggunaan sensor kuantum adalah dalam bidang meteorologi, pengimejan dan pemprosesan maklumat kuantum.
public accountabilityakauntabiliti awamPentadbiranPentadbiran Awam

Kebertanggungjawaban masyarakat untuk saling bekerjasama dalam memelihara kepentingan dan keharmonian di persekitaran mereka. Antara elemen utama akauntabiliti awam ialah penyertaan aktif masyarakat, sensitiviti terhadap keselamatan orang ramai, kesedaran menjaga kebersihan dan kemudahan prasarana serta pemupukan nilai kemasyarakatan. Akauntabiliti awam dilihat sebagai pemangkin dalam menjana kehidupan masyarakat yang lebih teratur, berdisiplin, bermoral dan maju. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan generasi yang peka terhadap kepentingan nilai dan norma kehidupan yang lebih positif dan berdaya saing. Peningkatan kesedaran akauntabiliti awam akan mengurangkan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti vandalisme, gangsterisme, ponteng sekolah, rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

12

Kembali ke atas