nanoscale sensor | sensor nanoskala | Fizik | Nanoteknologi | Sensor yang menggunakan bahan nanostruktur sebagai penderia untuk mengesan molekul tertentu atau struktur biologi. Sensor nanoskala digunakan dalam sensor elektromagnet, biopenderia dan sensor hidung elektronik. |
passive sensor | sensor pasif | Kejuruteraan | Tiada | Sensor yang tidak memerlukan kuasa elektrik seperti sensor gentian optik. |
quantum sensor | sensor kuantum | STEM | Tiada | Sensor yang menggunakan prinsip mekanik kuantum, iaitu superposisi dan keterlibatan untuk mengesan dan mengukur fenomena atau kuantiti fizikal dengan ketepatan dan sensitiviti yang tinggi. Contoh penggunaan sensor kuantum adalah dalam bidang meteorologi, pengimejan dan pemprosesan maklumat kuantum. |
extrinsic optical fibre sensor | sensor gentian optik ekstrinsik | Kejuruteraan | Tiada | Sensor gentian optik untuk memandu cahaya ulang alik dari kedudukan kepala sensor. |
fibre optic sensor | sensor gentian optik | Kejuruteraan | Tiada | Sensor untuk penderiaan jauh dengan menghantar isyarat cahaya dalam gentin optik. |
phase modulated sensor | sensor modulat fasa | Kejuruteraan | Tiada | Sensor yang digunakan di dalam interferometer untuk membandingkan fasa cahaya yang dikesan dengan fasa cahaya gentian daripada gentian rujukan. |
reflective extrinsic sensor | sensor ekstrinsik pantulan | Kejuruteraan | Tiada | Sensor yang menerima isyarat termodulat daripada gentian pantul semula. |
intrinsic optical fibre sensor | sensor gentian optik intrinsik | Kejuruteraan | Tiada | Sensor gentian optik yang memodulat langsung cahaya pandu. |
natural nanoscale sensor | sensor nanoskala semula jadi | Fizik | Nanoteknologi | Penderia tabii dalam nanoskala atau pada paras molekul yang terdapat pada haiwan atau tumbuhan yang berinteraksi, mengesan atau mengecam rangsangan dengan kepekaan yang tinggi. Contohnya, sensor molekul tertentu yang terdapat pada bunga atau daun akan berinteraksi apabila terdapat tenaga cahaya dan akan bergerak ke arah tertentu bagi mendapatkan cahaya yang lebih tinggi. Termasuk juga ikan yang mempunyai garis lateral untuk mengesan perubahan bunyi dan tekanan. |
implantable sensor | sensor boleh implan | Fizik | Nanoteknologi | Peranti penderia yang dapat ditanam di dalam badan. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, penderia pendengaran yang dimasukkan ke dalam koklea bagi merawat masalah pekak yang serius. |