Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata shorea


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ShoreaShoreaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanGenus kayu dagangan yang terpenting dari hutan-hutan di Malaysia. Genus daripada famili Dipterocarpaceae ini menghasilkan kayu yang mempunyai berbagai-bagai sifat dan kegunaan. Antara spesies utama termasuk alan, balau, meranti merah muda, meranti merah tua, melantai, meranti bakau, balau merah, dan meranti putih.
balaubalauPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu berat Shorea spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama lain di Sabah dan Sarawak ialah selangan batu. Spesies utama balau ialah Shorea atrinervosa, S. fox worthyi, S. glauca, S. laevis, S. materialis, S. maxwelliana, S. submontana, dan S. sumatrana. Gubal kayu balau berwarna kuning atau coklat kelabu dan bertukar menjadi lebih gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya yang halus dan sekata dengan ira yang berpintal. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 850 hingga 1155 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu jenis ini tahan dan kuat, dan sukar dikerjakan. Kayu balau sesuai untuk struktur binaan seperti kayu landasan keretapi, dan juga untuk perabot kegunaan lasak.
meranti kuningmeranti kuningPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu kumpulan Richetia dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah damar hitam, dan di Sabah ialah seraya kuning. Spesies utamanya termasuk Shorea dolichocarpa, S. faguetians, S. gibbosa, S. hopeifolia, S. maxima, S. longisperma, dan S. multiflora. Gubal kayu meranti kuning berwarna lebih muda dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kehijauan. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan ira yang bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 575 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah diproses, dikemas siap, dan dikeringkan, tetapi mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah. Kayu meranti kuning sesuai untuk dibuat lantai, papan panel, perabot, dan terutamanya bagi pembuatn venir dan papan lapis.
melantaimelantaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Shorea spp. yang kayunya ringan dan berwarna kemerahan atau kekuningan, daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah belantai dan melanti, di Sabah ialah kawang, dan di Sarawak ialah engkabang. Spesies utamanya termasuk Shorea macroplera, S. cristata, dan S. macrophylla. Gubal kayu melantai biasanya berwarna lebih muda daripada teras kayunya, yang berwarnakuning kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 625 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah diproses dan dikeringkan, boleh menghasilkan pemukaan yang berkilau tetapi tidak tahan dan sukar diawet. Kayu melantai sesuai digunakan untuk hiasan dalaman, kayu kumai, venir, papan lapis dan kabinet
balau merahbalau merahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Shorea spp. yang berwarna merah atau merah coklat daripada famili Dipterocarpaceae. Nama di semenanjung termasuk balau laut merah, damar laut merah, dan membatu, manakala Sabah dan Sarawak pula ialah selanggan batu merah. Spesies utama balau merah ialah Shorea collina, S. kunstleri, S. guiso dan S. ochrophlioa. Gubal kayu balau jenis ini berwarna merah jambu, ungu coklat atau kelabu coklat, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah coklat tua. Tekstur kayunya halus sehingga sederhana kasar dan sekata dengan ira yang amat bersimpul. Kayu balau merah mengering dengan pelahan, dan mengalami retak permukaan dengan kadar kecutan yang agak tinggi. Kayu jenis ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu balau merah agak sukar diproses tetapi mudah dikemas siap, dan digunakan untuk kerja binaan berat, seperti tiang, rasuk, rangka pintu dan tingkat, dan dalam pembuatan perabot kegu
meranti putihmeranti putihPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu kumpulan Anthoshotea dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah melapi, dan kayu ini juga disebut dengan berbagai-bagai nama meranti di Semenanjung di Sabah, dan di Sarawak. Terdapat lebih daripada sepuluh spesies utama, seperti Shorea assamica, S. bracteolata, dan S. resinosa. Gubal kayu meranti putih berwarna putih dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna putih atau coklat mudah apabila terdedah.. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 495 hingga 915 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan semasa basah, dan agak sukar dikerjakan apabila kering. Mutu kemasiapannya juga brbeza-beza mengikut kandungan lembapannya. Secara umum kayu meranti putih lambat mengering, mempunyai ketahanan semula jadi yang sderhana, tetapi muddah di awet. Kayu meranti jenis ini sesuai untuk kegunaan am, seperti lantai,
meranti merah mudameranti merah mudaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu ringan dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Di Semenanjung dan Sarawak, kayu ini diberi berbagai-bagai nama meranti seperti meranti lepang, meranti bukit, dan meranti langgung; dan di Sabah ialah kayu ini diberi nama seraya merah, dan berbagai-bagai nama lain. Spesies utamanya termasuk Shorea accuminata, S. leprosula, S. ovalis, dan S. parvifolia. Gubal kayu meranti jenis ini berwarna merah jambu dan tidak banyak berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah tua atau merah coklat. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 865 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikeringkan tetapi tidak tahan. Kayu meranti merah tua merupakan kayu Malaysia yang paling terkenal, dan sesuai untuk pelbagai kegunaan, seperti perabot kemasan dalaman yang bermutu tinggi, lantai dan dinding, pintu dan tingkap, kayu kumai, venir dan pap
meranti merah tuameranti merah tuaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu merah tua yang ringan, dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk nemesu, seraya, dan berbagai-bagai nama meranti; di Sabah ialah ubah suluk, dan berbagai-bagai nama seraya; dan di Sarawak pula disebut dengan berbagai-bagai nama meranti. Spesies utamanya termasuk Shorea curtisii, S. ovata, S. pauciflora, dan S. platyclados. Gubal kayu meranti jenis ini berwarna merah jambu dan tidak banyak berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah tua atau merah coklat. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata, dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 865 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu jenis ini mudah dikerjakan dan dikeringkan tetapi tidak tahan. Kayu meranti merah tua merupakan kayu Malaysia yang paling terkenal, dan sesuai untuk pelbagai kegunaan, seperti perabot kemasan dalaman yang bermutu tinggi, lantai dan dinding, pintu dan tingkap, akyu kum
alanalanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Shorea Albida daripada famili Dipterocar paceae. Spesies ini menghasilkan dua kumpulan kayu balak yang berbeza dari segi berat, iaitu alan batu dan alan bunga. Kayu alan banyak terdapat di hutan paya gambut di Sarawak.
alan batualan batuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama dagangan Shorea Albida yang lebih berat. Nama tempatan di Sarawak termasuk empenit, meraka, meraka alan, sengawang, dan seriagawan. Gubal kayu alan batu berwarna coklat kelabu dan beransur-ansur berubah kepada warna teras kayunya, iaitu coklat kemerah-merahan. Tekstur kayu ini kasar dan sekata dengan ira yang lurus atau bersimpul. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 800 hingga 925 kg/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Alan batu mudah dikerjakan, dikemas siap, dikeringkan dan sederhana tahan. kayu ini digunakan untuk lantai , papan panel, dan kayu kumai, dan dalam pembuatan perabot dan perahu.
123

Kembali ke atas