Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lightning dischargeluahan kilatSainsHidrometeorologiSiri proses elektrik yang dengannya cas dipindah di sepanjang alur ketumpatan ion tinggi di antara pusat-pusat cas elektrik yang mempunyai tanda-tanda yang bertentangan di dalam awan petir (luahan awan); di dalam awan dan pada permukaan bumi (luahan awan-ke-bumi atau luahan bumi-ke-awan); di dalam dua awan yang berlainan (luahan awan-ke-awan); atau di dalam awan dan di dalam udara bawah dari awan (luahan udara). Ia merupakan bentuk luahan bunga api yang berskala amat besar, dan perlu dibezakan daripada luahan korona dan luahan titik. Secara huraian, terutamanya berkaitan dengan kecahayaannya, luahan tunggal kilat disebut silauan kilat.
penalty spottanda penaltiSukanTiadaTanda bulat bergaris pusat enam 6. inci yang ditandakan tujuh 7. ela dari garis gol, tempat melaksanakan hukuman strok penalti.
log marktanda balakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTanda yang jelas, yang dibuat pada sisi atau hujung kayu balak untuk menyatakan gred, sumber atau pemiliknya. Tanda ini juga digunakan untuk menyatakan spesies balak, ukuran panjang dan garis pusat balak tersebut.
p-phenylenediamine poisoningkeracunan p-fenilenadiaminaKimiaForensikKeracunan akibat penyedutan, penyerapan kulit, atau pengingesan p-fenilenadiamina (formula kimia, C6H8N2), iaitu bahan yang digunakan dalam pencelup. Bahan ini boleh menyebabkan metemoglobinimea, pemekaan, kerengsaan, kerosakan kornea, kerosakan buah pinggang dan hati, dan kesan pada sistem saraf pusat. Tanda utama keracunan ialah sianosis dan demam kuning. Dermatitis yang terjadi dicirikan dengan kulit berair, berkuping, dan gatal. Had pendedahan ialah 0.1 mg/m3), dan LD50 ialah 100 mg/kg. Penemuan patologi dalam kematian akut termasuk darah berwarna coklat, hemolisis dan kerosakan buah pinggang, hati dan limpa.
amobarbitalamobarbitalKimiaForensikFormula kimia, CIIN18N203; nama lain, asid 5-etil-5-isoamilbarbiturik, amilobarbiton; nama dagang, Amytal. Serbuk berhablur putih, tanpa bau, berasa pahit, takat lebur 156°C- 161 °C, larut sangat sedikit dalam air untuk menghasilkan larutan berasid, dan larut dalam etanol. Jangka masa tindakan amobarbital ialah 3 - 6 jam. Amobarbital merupakan barbiturat yang diberikan untuk menghentikan gemuruh, terketar-ketar, dan membantu tidur. Kesan sampingan -nya termasuk pening, terawang-awang dan rasa mengantuk. Pengambilan dos berlebihan boleh mengakibatkan kematian. Tanda-tanda dos berlebihan adalah kekeliruan mental, kelesuan yang teruk, nafas yang pendek, masalah bernafas, menggeletar dan degupan jantung yang amat perlahan. Serbuk ini dikenali sebagai depresan sistem saraf pusat dan merupakan ubat penenang serta ubat tidur yang boleh menyebabkan ketagihan. Dos parah anggaran ialah 1.5g, dan kepekatan toksik ialah 30 µg/mL. Sinonim amilobarbiton.
benzine poisoningkeracunan benzinaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada benzina, iaitu hidrokarbon petroleum. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan pulmonari dan penekanan sistem saraf pusat. Keracunan akut akibat penyedutan atau pengingesan menyebabkan loya dan muntah, batuk, kerengsaan pulmonari yang berubah menjadi edema pulmonari, kahak berdarah, dan pneumonia bronkus dengan demam dan batuk. Pengingesan dalam jumlah yang lebih besar, iaitu melebihi I cm3/kg menimbulkan gejala penekanan sistem saraf pusat dan kerengsaan, termasuklah keadaan lemah, pening, pernafasan perlahan dan singkat, tidak sedar, konvulsi dan koma. Keracunan kronik akibat penyedutan menyebabkan pening, keadaan lemah, hilang berat badan, anemia, kerisauan, gementar, sakit dalam anggota, rasa kebas pada bahagian hujung anggota, dan parestesia. Penemuan makmal menunjukkan pengiraan sel darah merah kurang, sumsum tulang mungkin menunjukkan hipoplasia, dan air kencing mungkin mengandungi protein dan sel darah merah. Penemuan patologi dalam keracunan akut termasuk edema pulmon
cursorkursor/penanda-kiniKejuruteraanTiada1. Satu tanda bercahaya yang menunjukkan sesuatu kedudukan pada skrin komputer.,2. Penapis jernih atau berwarna amber yang ditempatkan pada kelir radar dan diputar sehingga garis pusat punar pada penapis melalui gema sasaran, dan kemudiannya bearing dari radar ke sasaran dapat dibaca dengan tepat pada skala 360 di sekeliling penapis.
atropine poisoningkeracunan atropinaKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan atropina (formula kimia C17H23 NO3), iaitu alkaloid toksik yang diperoleh daripada spesies Alrope, Datura atau Hyoscyamus, dan digunakan dalam rawatan penyakit gastrousus, selesema, demam alergi, parkinsonisme, dan asma. Bagi kebanyakan orang, dos atropina yang melebihi 10 mg boleh menyebabkan gejala ketoksikan sederhana hingga teruk. Dos yang melebihi 50 mg pula boleh menyebabkan maut Pada dos toksik (5 mg - 10 mg atau lebih), atropina mungkin menyebabkan kulit kering, merah dan panas, mulut kering, disorientasi, halusinasi, kelakuan agresif, delirium, nadi dan pernafasan cepat, retensi urinari, kejang otot, demam, konvulsi, dan koma. Dos parah bagi kanak-kanak mungkin serendah 10 mg. Atropina melumpuhkan sistem saraf parasimpatetik dengan menyekat tindakan sel efektor asetilkolina yang dirembeskan pada saraf hujung dan juga merangsang sistem saraf pusat. Tanda utama keracunan ialah delirium, denyutan nadi cepat, dan demam. Keracunan akut akibat pengingesan, penyuntikan atau pengg
paraldehyde poisoningkeracunan paraldehidKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penggunaan paraldehid (polimer bagi aldehid), iaitu cecair jernih tanpa warna dan berbau kuat yang digunakan sebagai losen dan sebagai bahan hipnosis dan ubat antikonvulsan. Keracunan ini menyebabkan penekanan sistem saraf pusat tanpa melambatkan pernafasan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan dan koma. Pengingesan biasanya mengaruhkan tidur tanpa penekanan pernafasan. Kematian berlaku akibat kegagalan pernafasan dan peredaran darah pada dos 10 mL atau lebih. Keracunan akibat penggunaan perubatan kronik menyebabkan kerosakan mental dan racauan tremens.
boulevardboulevardKesenianSeni BinaLaluan atau jalan raya utama yang dibina dengan ciri-ciri khusus seperti lurus, lebar dan panjang sebagai penghubung dengan mercu tanda utama. Laluan tersebut merentasi pusat bandar dan biasanya dihiasi dengan pokok-pokok hiasan dan laluan pejalan kaki. Laluan tersebut juga sering digunakan untuk acara tertentu seperti perarakan dan perbarisan sama ada di peringkat tempatan, negeri atau kebangsaan. Sinonim lebuh hias.
12

Kembali ke atas