redlining | penggarisan merah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perbezaan bayaran yang tidak adil ke atas risiko hanya disebabkan oleh lokasinya. |
assessment bias | bias pentaksiran | Pendidikan | Tiada | Kualiti pentaksiran yang tidak adil terhadap sekumpulan pelajar disebabkan perbezaan jantina, etnik, status sosioekonomi, dan agama. |
unfair dismissal | pembuangan tak adil | Pentadbiran | Tiada | Pemberhentian pekerja yang dianggap tidak adil. |
political persecution | penzaliman politik | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Layanan secara tidak berperikemanusiaan atau tidak adil terhadap seseorang individu atau kumpulan kerana pegangan politik mereka. Contohnya, merekacipta kesalahan jenayah terhadap musuh politik untuk tujuan pendakwaan di mahkamah. |
Fair Labour Standard Act (FLSA) | Akta Piawaian Buruh Adil (FLSA) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Akta yang melindungi pekerja daripada amalan buruh yang tidak adil dengan menetapkan gaji minimum, bayaran lebih masa dan piawaian bagi buruh kanak-kanak yang terpakai dalam semua sektor. Akta ini merupakan undang-undang persekutuan Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1938. |
tyranny of the majority | tirani majoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan sebuah kerajaan majoriti yang zalim. Walaupun pemerintahan ini mendapat legitimasi majoriti, namun pemerintahannya berlaku secara tidak adil. Pemerintah memberi kelebihan kepada golongan majoriti dan bertindak kejam terhadap golongan minoriti. Golongan minoriti tidak diberi hak yang sewajarnya dan ditindas dalam segala aspek. Contohnya, pemerintahan Kerajaan Serbia menjelang abad ke-21 dan pemerintahan Nazi Jerman terhadap minoriti Yahudi. |
corporate corruption | rasuah korporat | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan memberi atau menerima rasuah oleh badan korporat seperti entiti perniagaan atau individu yang mewakili organisasi tersebut. Contohnya, pengurus syarikat yang menerima habuan daripada individu tertentu, bertujuan untuk mendapatkan manfaat atau kepentingan secara tidak adil. |
corruption | rasuah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Penyalahgunaan kuasa yang dilakukan untuk tujuan kepentingan diri atau mendapatkan keuntungan, sama ada dalam bentuk kebendaan atau perkhidmatan. Tindakan ini termasuklah perbuatan memberikan habuan berbentuk kebendaan atau perkhidmatan kepada penerima dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau kepentingan secara tidak adil. |
internal colonialism | kolonialisme dalaman | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penguasaan dan tekanan oleh kerajaan pusat atau pemerintah tertinggi terhadap wilayah tertentu dalam sesebuah negara. Tindakan ini melahirkan layanan atau pengagihan sumber yang tidak adil berbanding dengan wilayah lain dalam negara itu. Pemerintah selalu menekan sambil mengeksploitasi segala sumber yang ada dalam wilayah ini untuk kepentingan pusat, wilayah lain atau kepentingan individu tertentu yang terdiri daripada golongan pemerintah. Pembangunan juga tidak dibawa ke kawasan ini dan mereka tidak mendapat status autonomi dalam pemerintahan. Contohnya, kedudukan Acheh di Indonesia dapat dianggap sebagai kolonialisme dalaman apabila Jakarta menguasai wilayah ini secara kekerasan tentera, mengeksploitasi sumber alam mereka dan tidak membenarkan mereka menguruskan wilayah itu secara autonomi sepenuhnya. |
intergroup conflict | konflik antara kelompok | Psikologi | Psikologi Umum | Konflik yang wujud antara kelompok apabila satu kelompok menanam perasaan benci dan prejudis terhadap kelompok lain. Antara kepercayaan negatif yang boleh mewujudkan kebencian terhadap kelompok lain ialah superioriti, ketidakadilan, kerapuhan hubungan dan saling tidak mempercayai. Contohnya, jika individu dalam satu-satu kelompok terasa dieksploitasi secara tidak adil, ditindas, dihina atau diancam akan berkemungkinan menyebabkan konflik yang membawa kepada permusuhan. |