job calssification | kelas kerja | Pentadbiran | Tiada | Penjelasan pekerjaan yang terdiri daripada pekerja mahir dan tidak mahir. |
daub | lukisan palit | Kesenian | Tiada | Lukisan palit: Lukisan yang dikendalikan secara tidak mahir. |
job agency | agensi pekerjaan | Pentadbiran | Tiada | Agensi yang menumpukan tugasnya untuk memperkenalkan staf mahir, separuh mahir, dan juga yang tidak mahir kepada bakal majikan. |
hard labour | buruh kasar | Pentadbiran | Tiada | Pekerja yang kebanyakannya menjalankan kerja tidak mahir dan separuh mahir. |
production worker | pekerja pengeluaran | Ekonomi | Tiada | Pekerja-pekerja yang bekerja di kilang untuk pengeluaran industri secara langsung sama ada mahir atau tidak mahir, kecuali pengurus pentadbir. Sinonim: factory worker |
scribal error | kesilapan penyurat | Kesusasteraan | Tiada | Kesalahan yang berlaku semasa atau dalam proses penyalinan manuskrip. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut: (i) Penyalin berasa dia lebih tahu daripada pengarang. (ii) Kesalahan sebutan bunyi yang boleh menyebabkan kesalahan ejaan dan kesalahan makna. (iii) Lipografi (omission), iaitu tertinggal huruf dalam sesuatu perkataan atau tertinggal sesuatu perkataan dalam ayat sehingga membawa makna yang berbeza. (iv) Ungkapan yang sukar kerana kekunoannya atau kerana sudah tidak lazim digunakan. (v) Haplografi, iaitu menulis satu kali perkataan yang sepatutnya ditulis dua kali. (vi) Tidak mahir dalam sesuatu bahasa asing sehingga tersalah salin atau terubah perkataannya. (vii) Terkeliru dengan gurisan, calaran atau bintik habuk di atas helaian manuskrip sehingga menganggap gurisan atau calaran itu sebahagian daripada huruf. (viii) Perkataan yang hampir sama bentuknya sehingga boleh mengelirukan. (ix) Hilang tumpuan kerana keletihan akibat terlalu lama menyalin tanpa rehat. Kesil |
cybrarian | pustakawan siber | Teknologi Maklumat | Tiada | Seseorang yang tugasnya membuat penyelidikan dan mendapatkan maklumat dalam talian. Individu ini tidak semestinya seorang pustakawan tetapi mahir membuat carian dalam talian. |
subprofessional group | kumpulan subikhtisas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kumpulan separa profesional atau separuh mahir dalam sesuatu bidang atau organisasi. Dalam organisasi, kumpulan ini membentuk sebahagian besar daripada golongan pekerja. Kelompok ini tidak memiliki kemahiran yang tinggi tetapi tetap diperlukan sebagai kakitangan sokongan yang penting. Contohnya, golongan pembantu tadbir. |
external economies of scale | ekonomi luaran ikut bilangan | Ekonomi | Tiada | Faedah ekonomi yang dinikmati oleh firma secara tidak langsung akibat pembesaran saiznya yang membawa kepada pertumbuhan industri keseluruhan, seperti kemudahan dalam penawaran buruh terlatih dan mahir, kemudahan mendapatkan pembekal yang berhampiran, dan kemajuan dalam infrastruktur sosial di kawasan perindustrian. |
technocracy | teknokrasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan yang dilaksanakan oleh golongan mahir atau masyarakat yang ditadbir oleh segolongan pakar yang arif dalam bidang masing-masing. Dalam pemerintahan, golongan ini diberi tanggungjawab besar untuk merancang dan melaksanakan pemerintahan negara. Dengan itu, ia tidak terpilih atau dilantik atas dasar undi popular atau sokongan ramai. Contohnya ialah sistem pentadbiran yang diamalkan di Amerika Syarikat yang melantik tokoh teknokrat yang terkenal di negara tersebut untuk memegang jawatan penting dalam pemerintahan. |