1-1 heat exchanger | penukar haba 1?1 | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba jenis satu laluan yang membenarkan laluan bendalir hanya sekali di dalam bahagian kelompang dan tiub. Dengan ini, hanya terdapat satu kelompang yang menjadi bekas bagi kesemua tiub. Penukar haba ini merupakan penukar haba yang paling ringkas tetapi jarang-jarang digunakan dalam amalan industri kerana halaju bendalir terlalu rendah, kadar pemindahan haba yang tidak cekap, dan tiub yang panjang diperlukan untuk mencapai pemanasan atau penyejukan yang diperlukan. Penukar haba ini juga mengalami masalah pengembangan aliran bendalir yang mengakibatkan kejatuhan tekanan yang tinggi. |
picture tube | tiub gambar | Sosiologi | Tiada | 1. Tiub sinar katod yang digunakan untuk memaparkan gambar seperti monitor televisyen dan komputer. |
duct | salur | Teknik | Elektrik | 1. Tiub logam panjang dengan keratan rentasnya berbentuk segi empat bujur tanpa berpenutup di hujungnya. Tiub ini merupakan tempat laluan kabel yang biasanya dipasang tersembunyi dalam tanah atau lantai. Salur digunakan dalam pendawaian kerana salur dapat menyediakan pendawaian walaupun kedudukan alat sebenar belum diketahui, mudah diubah/ditambah litar tanpa perlu memecah simen penutupnya, kemas dan teratur. Biasanya salur digunakan untuk pendawaian seperti di makmal, dan pejabat. Nama lainnya ialah salur bawah lantai. 2. Laluan pengaliran udara untuk penyejukan mesin elektrik atau bilik, dalam sistem penyaman udara. |
calandria | kalandria | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bahagian tertentu dalam kilang yang menjalankan pengwapan melalui tiub-tiub yang membawa bendalir pemanas.,2. Kebuk tertutup yang digunakan dalam inti reaktor jenis tertentu. |
1-2 heat exchanger | penukar haba 1?2 | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba jenis dua laluan dengan memperbaik konsep penukar haba 1-1 secara mengurangkan luas keratan kelompang. Ini dilakukan supaya halaju bendalir meningkat bagi kadar pemindahan haba yang lebih cekap. Bendalir di dalam kelompang hanya mengalir dalam satu laluan tetapi bendalir di dalam tiub pada mulanya mengalir selari dan kemudian menyongsang dengan arah laluan bendalir di dalam kelompang. Dengan ini, bendalir di dalam tiub mengalir dua kali melewati bendalir di dalam kelompang bagi memastikan masa yang cukup untuk menukarkan haba. Penukar haba ini lebih kompleks, mengalami kehilangan geseran yang tinggi, dan gagal menaikkan suhu bendalir di dalam tiub ke suhu menghampiri suhu bendalir di dalam kelompang. |
crypt | kripta | Perubatan | Tiada | 1. Tiub atau rongga berkelenjar yang ringkas. |
crypt | kripta | Perubatan | Tiada | 1. Tiub atau rongga berkelenjar yang ringkas. |
jet | jet | Kejuruteraan | Tiada | 1. Tiub atau palam tergerudi, yang bertentu ukur, digunakan untuk mengukur aliran air atau udara.,2. Lubang yang ditebuk dengan tepat, tempat cecair dapat lalu pada kadar yang dikawal, seperti pada karburetor. |
loop | gelung | Kejuruteraan | Tiada | 1. Tiub di dalam reaktor nuklear yang membentuk suatu litar tertutup yang boleh dipamkan dengan bahan dingin untuk tujuan uji kaji. |
flow counter | pembilang aliran | Kimia | Tiada | 1. Tiub pembilang yang dialirkan gas untuk menyukat keradioaktifan. 2. Pembilang yang pada bahagian dalamannya dilalukan pemancar alfa atau beta bertenaga rendah, dengan gas pembilang dialirkan pada tekanan melebihi tekanan atmosfera. |