transistor-transistor logic | mantik transistor-transistor | Matematik | Tiada | Tiada |
transistor-transistor logic integrated circuit | litar bersepadu transistor-transistor | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
unijunction transistor | transistor ekasimpang | Teknik | Elektrik | Transistor khas ;yang mempunyai dua tapak, satu pengeluar dan satu simpang. Transistor ini merupakan sejenis peranti digital, kerana transistor ini hanya mempunyai dua peringkat, iaitu hidup dan mati. Transistor ekasimpang digunakan terutamanya sebagai litar pengayun santai dalam litar kawalan suis bersama penerus terkawal silikon. |
nanotube field effect transistor | transistor kesan medan nanotiub | Fizik | Nanoteknologi | Transistor kesan medan yang menggunakan saluran pengkonduksi daripada bahan nanotiub. Transistor dibentuk dengan meletakkan nanotiub di dalam lurah lapisan silikon terdop tinggi antara sumber dan saliran. Sifat pengkonduksian yang tinggi bagi nanotiub karbon (CNT) membenarkan kawalan arus yang tinggi dan pelesapan kuasa yang rendah, sementara pengurungan cas yang tinggi mengurangkan kesan memusnah yang dikaitkan dengan pengecilan saiz transistor. |
microalloy transistor | transistor mikroaloi | Kejuruteraan | Tiada | Transistor yang elektrod pemancar dan pemungutnya dibentuk secara punaran merosot, kemudian dielektropenyaduran dan dialoikan saput nipis atom bendasing ke wafer separa pengalir, seperti permukaan halangan transistor. |
field effect transistor | transistor kesan medan | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Transistor yang rintangan bagi lintasan arus daripada sumber ke salir dimodulasi dengan mengenakan medan elektrik melintang antara elektrod grid atau elektrod lawang. Transistor kesan medan |
single electron transistor (SET) | transistor elektron tunggal (SET) | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan transistor yang dimensinya dalam julat nanometer menyebabkan transistor ini peka terhadap pengangkutan elektron tunggal. Transistor ini terdiri daripada dua elektrod sumber dan salir yang terpisah oleh satu pulau yang bertindak sebagai terowong. Pulau ini biasanya diperbuat daripada bintik kuantum atau nanotiub karbon. Aras tenaga elektron dalam pulau dapat ditala menggunakan elektrod ketiga, iaitu lawang. Sekiranya lawang dibekalkan dengan voltan positif, aras tenaga bintik kuantum akan turun. Hanya satu elektron tunggal daripada sumber dapat menerowong ke dalam pulau tersebut untuk mengisi aras tenaganya yang kosong dan seterusnya elektron akan menerowong ke bahagian salir. |
transistor | transistor | Teknik | Elektrik | Peranti elektronik yang digunakan sebagai penguat arus. Peranti ini terdiri daripada tiga lapisan bahan separuh pengalir jenis-n dan jenis-p yang bertindak sebagai pengeluar, tapak, dan pengumpul. Bagi transistor n-p-n, pengeluarnya ialah jenis-n, tapak jenis-p, dan pengumpul jenis-n. Bagi transistor p-n-p, pengeluarnya ialah jenis-p, tapak jenis-n, dan pengumpul jenis-p. |
junction transistor | transistor simpang | Kejuruteraan | Tiada | Transistor yang mempunyai tiga bahagian silih-ganti bagi bahan semipengalir jenis-p atau jenis-n. |
mesa transistor | transistor mesa | Kejuruteraan | Tiada | Transistor yang wafer germanium atau silikonnya dipunar berperingkat supaya kawasan tapak dan pemancar wujud sebagai dataran tinggi daripada kawasan pemungut. |