jing xi | jing xi | Muzik | Tiada | Nama Mandarin untuk opera Beijing yang muncul pada abad ke-18 dan abad ke-19 di China Utara. Terdapat dua jenis instrumentasi asas yang mengiringi opera Beijing. Pertama, alat muzik genderang seperti bo (simbal), luo (gong) dan gu (dram) yang dikategorikan sebagai ensembel militari. Kedua, alat muzik tali huqin, yueh qin dan pipa yang dikategorikan sebagai ensembel sivil. Opera Beijing dipersembahkan dalam bahasa Mandarin. Jing xi bermaksud rama-rama ibu kota. Sinonim ching hsi, opera Beijing. Lihat juga opera Cina. |
er huang | er huang | Muzik | Tiada | Sejenis aria yang terdapat dalam opera Beijing atau jing xi. Er huang berbeza dengan aria lain melalui tekanan pic, irama tertentu dan formula melodi spesifik. Sinonim erh huang. Lihat juga jing xi. |
ching hsi | ching hsi | Muzik | Tiada | Lihat jing xi. |
ideal solution | larutan unggul | Kimia | Biokimia | Larutan yang mengandungi zat terlarut yang mengikuti hukum Raoult, dan keupayaan kimia setiap komponen larutan ini mengikuti perkaitan ?i,= ?io, + RT ?xi, dengan ?io keupayaan kimia piawai, R pemalar gas, T suhu mutlak, dan x, pecahan mol komponen. |
Lagrange undermined multiplier | pendarab tak tentu Lagrange | Fizik | Mekanik | Parameter yang diperkenalkan oleh Lagrange dalam tahun 1788 mengikut persamaan berbentuk F = f + x, ?2 + ... + ? x m? mf, ? 1, dengan ? 2, ... ?m sebagai fungsi daripada x1, x2, ... xn, n m. Untuk menentukan maksimum atau minimum, f disetkan dengan ?i = pemalar, dan F/xi = 0, bagi setiap i = l, ... n. Daripada (m + n), persamaan ini x1, x2, ...xn dan l1, l2, ... m dapat ditentukan. kaedah pendarab Lagrange, kaedah pendarab tak tentu |
opera Beijing | opera Beijing | Muzik | Tiada | Lihat jing xi. |