current number | nombor kini | Perpustakaan | Tiada | 1. Nombor kini: Nombor keluaran dan tarikh terbaru sesebuah terbitan berkala yang terkini diterbitkan. |
psychiatric interview | wawancara psikiatri | Perubatan | Psikiatri | Proses menemu bual individu untuk mendapatkan sejarah psikiatri dan membuat penilaian terhadap tahap kesihatan mentalnya yang terkini. |
semantic hightech | teknologi tinggi semantik | Kesenian | Tiada | Konsep dalam sesuatu rekaan yang mengutamakan ciri-ciri teknologi tinggi yang terkini. |
synapomorphy | sinapomorfi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kewujudan sifat dalam dua atau lebih kumpulan takson yang terevolusi daripada leluhur sama yang terkini (MRCA). Contohnya, rambut adalah sinapomorfi bagi marsupial, primat dan taksa dalam kelas mamalia. |
primitive | primitif | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Sifat asal dari leluhur sama yang kekal tanpa perubahan dari satu generasi ke satu generasi yang terkini. |
present state examination | pemeriksaan keadaan kini | Perubatan | Psikiatri | Pemeriksaan terhadap pesakit yang meliputi keadaan tingkah laku, percakapan, emosi, pemikiran, persepsi dan kognitif yang terkini. |
botanical verification | penentusahan botani | Herba | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk menentusahkan spesies tumbuh-tumbuhan berdasarkan maklumat nama binomial Latin yang terkini, sinonimnya, nama tempatan, bahagian tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk setiap sediaan serta arahan terperinci pengeluaran pertanian dan syarat pengumpulan berdasarkan Amalan Pertanian dan Pengumpulan Baik (GACP) sesebuah negara. |
health information exchange (HIE) | pertukaran maklumat kesihatan (HIE) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Proses pergerakan dan perkongsian maklumat kesihatan secara dalam talian merentasi pelbagai organisasi. Proses ini akan menambah baik koordinasi penjagaan kesihatan dengan memberikan maklum balas maklumat penjagaan kesihatan yang terkini. Proses ini juga dapat meningkatkan kelajuan, kualiti, keselamatan dan kos penjagaan pesakit. |
bandwidth junkie | kaki lebar jalur | Teknologi Maklumat | Tiada | Pengguna lebar jalur yang tidak pernah puas dengan kelajuan yang ada dan akan berusaha untuk mendapatkan lebar jalur yang terpantas melalui teknologi yang terkini. Pengguna ini biasanya terdiri daripada mereka yang menggunakan Internet untuk memuat turun fail-fail besar seperti lagu, video dan permainan. |
archaic | kerja kuno | Kesenian | Hiasan Dalaman | Hasil seni yang bersifat purba, lama dan tua. Kerja kuno berbeza dengan seni primitif kerana hasil seni kuno telah melalui perkembangan secara berperingkat yang akhirnya mewujudkan bentuk seni yang terkini dan lebih sempurna. Kerja kuno biasanya melibatkan kerja-kerja yang dihasilkan pada pada zaman Yunani Kuno atau pada era sekitar 1100 SM hingga 600 Masihi. |