Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
belemoeh[b«.l«.moEh]kata kerjaberselekeh, kotor, comot, berlumuran, kekotoran.Anak hang ni belemoeh sunggoh, bagila dia mandi.[A.nA/ hAN ni b«.l«.moEh suN.goh bA.gi.lA di.jA mAn.di]Anak engkau ini sungguh kotor, mandikanlah dia.
belencaeh[b«.l«n.tSAEh]kata adjektifrajin, giat, cergas, aktif.Dia tu belencaeh sunggoh buat kreja, pasai tula pak dia saying kat dia.[di.jA tu b«.l«n.tSAEh suN.goh bu.wAt kÒ«.dZA pA.sAj tu.lA pA/ di.jA sA.jAN kAt di.jA]Dia sungguh rajin membuat kerja, sebab itulah dia disayangi oleh ayahnya.
belengaeh[b«.l«.NAEh]kata adjektifberkenaan badan atau pakaian dalam keadaan kotor, selekeh, comot biasanya basah dan melekit.Muka dia belengaeh, penoh hinguih.[mu.kA di.jA b«.l«.NAEh p«.noh hi.Nuih]Mukanya berselekeh kerana dipenuhi dengan hingus.
tebeledoh[t«.b«.l«.doh]kata adjektiftersergam dan besar.Apa yang dia mau lagi, laki lawa, arta banyak, rumah tebeledoh.[A.pA jAN di.jA mAw lA.gi lA.ki lA.wA Ar.tA bA.øA/ Òu.mAh t«.b«.l«.doh]Apa yang dia mahu lagi, suami lawa, harta banyak, rumah pun tersergam.
belejam[b«.l«.dZAm]kata adjektifcomot dan kotor (basah); berlejam, lejam.Baju dia habeh belejam pasai dia dok pi maen kat bendang.[bA.dZu di.jA hA.beh b«.l«.dZAm pA.sAj di.jA do/ pi mAen kAt b«n.dAN]Seluruh bajunya kotor kerana dia pergi bermain di sawah itu.
gebok[g«.b/]kata namasejenis alat yang berbentuk bulat panjang (daripada tembaga, kayu) untuk membuat (laksa, putu mayam, mi, cendol dan lain-lain), kebuk.Laksa beraeh hak buat dengan gebok lebeh sedap pada laksa bihun.[lA/.sA b«.ÒAEh hA/ bu.wAt d«.NAn g«.b/ l«.beh s«.dAp pA.dA lA/.sA bi.hun]Laksa beras yang dibuat dengan menggunakan gebok lebih sedap rasanya daripada laksa bihun.
keleboq[k«.l«.b)Ö]kata namatanah lembik, lumpur, selut; lanyau I, tamboq.Kalu hang mau kreja kat bendang, hang mesti sanggop begelumang keleboq.[kA.lu hAN mAu kÒ«.dZA kAt b«n.dAN hAN m«s.ti sAN.gop b«.g«.lu.mAN k«.l«.b)Ö]Kalau kamu hendak bekerja di sawah, kamu mesti sanggup bergelumang dengan lumpur.
berlejam[b«Ò.l«.dZAm]kata adjektifcomot dan kotor (basah); belejam, lejam.Baju dia habeh berlejam pasai dia dok pi maen kat bendang.[bA.dZu di.jA hA.beh b«Ò.l«.dZAm pA.sAj di.jA do/ pi mAen kAt b«n.dAN]Seluruh bajunya kotor kerana dia pergi bermain di sawah itu.
begelehok[b«.g«.l«.ho/]kata namalopak, cekung, tidak rata (tanah yang tidak rata, dan lain-lain); pesok.Kereta tu tak buleh laju pasai jalan tang tu bergelehok kat sana sini.[k«.ÒE.tA tu tA/ bu.leh lA.dZu pA.sAj dZA.lAn tAN tu b«.g«.l«.ho/ kAt sA.nA si.ni]Kereta itu tidak boleh laju kerana jalan di situ berlopak-lopak di sana sini.
bekehele[b«.k«.hE.lE]kata adjektifkeletihan (dalam satu kumpulan atau kelompok).Lepaeh begotong-royong, depa bekehele dok berehat kat tepi surau tu.[l«.pAEh b«.go.toN.ҍ.jN dE.pA b«.k«.hE.lE do/ b«.ÒE.hAt kAt t«.pi su.ÒAw tu]Selepas bergotong-royong, mereka keletihan lalu duduk berehat di tepi surau itu.
1234

Kembali ke atas